Khamis, Februari 24, 2011



Wah, ini satu peluang yang baik ni. Cukup bagus untuk budak - budak lepasan Universiti terutamanya yang belajar dibawah pinjaman MARA dan PTPTN.

Dengar kata, Pemuda PAS Pusat akan buat perhimpunan dengan peminjam PTPTN dan MARA sabtu nanti di Hotel Seri Malaysia, Temerloh.

Kononnya, pertemuan anjuran Dewan Pemuda PAS yang dijadualkan pada jam 2 petang adalah untuk memberi ruang untuk mereka meluahkan perasaan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhauzan Kaiat kata, parti itu kononnya mengambil inisiatif kerana prihatin dengan nasib mereka.

Kononnya mereka yang membuat pinjaman itu dalam keadaan tertekan dan faktor utamanya adalah kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Jadi, apa penyelesaian yang akan dibuat oleh Pemuda PAS nanti? Apa matlamat utama mereka selepas mengadakan pertemuan itu?

Adakah PAS akan membuka peluang pekerjaan kepada pelajar - pelajar tersebut? Adakah mereka akan merangka satu mekanisme untuk mengatasi masalah?

Atau adakah mereka akan sekadar mengabihkan masa dan bercakap sahaja? Setakat mendengar luahan perasaan saja tak guna. Baik tak payah. Mengabihkan masa je.

Lepas dengar masalah budak - budak tu, diorang pulak ambik alih, kutuk kerajaan. Apa yang dapat dicapai kalau macam tu?

Cakap pandai la diorang ni. Buat tak reti. Kalau diorang reti buat, dah tentu kat Kelantan bersepah kerja kosong.

Itu bukti jelas pengabaian Kerajaan PAS terhadap rakyatnya. Terutama mereka yang baru habis belajar. Bidang pekerjaan untuk rakyat jelas tidak menjadi keutamaan mereka.

Takkan semua nak harapkan Kerajaan Pusat. Habis, apa pulak tanggungjawab Kerajaan Negeri? Kata Membangun Bersama Islam. Nak membangun macam mana kalau dah keutamaan itu diabaikan? Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. HELLO.... STATISTIK SUKU PERTAMA TAHUN 2009, NEGERI KELANTAN ADALAH TERENDAH KADAR PENGANGURANNYA. WP XDE KILANG BNYK, TP KEBANYAKKANNYA TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN.

    BalasPadam
  2. memang kurang kadar pengANGORannya kat negeri kelantan sebab diorang pergi mengANGOR kat negeri orang lain....

    BalasPadam
  3. kalo dah penganggur sumer pegi negeri lain especially KL, diorg takde la nak dikira dlm statistik kat kelantan tu. ntah pape.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping