..."Sabar, Sabar. Saya Nak Buat Lawak Jap"...
Wah, sejak jadi Pengarah Pilihanraya Kecil di Merlimau ni, dah banyak yang berubah rupanya dengan Tuan Ibrahim Tuan Man ni ye.
Dia yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang dah pandai buat lawak. Tapi sayang, lawak dia tak kelakar lansung.
Jadi tak layak la dia masuk Raja Lawak sebab awal - awal lagi dah akan tersingkir. Ni mesti menuntut ilmu Raja Lawak dengan Mahfuz Omar. Sebab tu la 'fail'.
Dia bagi cadangan semalam agar diadakan satu lagi produk Industri Pelancongan Negara memandangkan industri itu sedang berkembang pesat sekarang ni.
Industri yang dicadangkan oleh Tun Ibrahim itu ialah Perlancongan Politik. Sebab kata dia, sejak PRU ke 12, Malaysia telah mengadakan Pilihanraya Kecil sebanyak 15 kali.
Kata dia, setiap PRK menyaksikan pelbagai aktiviti yang turut menjana ekonomi tempatan. Jana ekonomi tempatan jadahnya kalau puak - puak diorang asyik bawak 'pemain impot'?
Makan minum, pakaian, keperluan harian, semua import dari luar. Mana bagi can penduduk tempatan menjana ekonominya?
Kononnya dia nak menyalahkan Kerajaan sebab menimbunkan pelbagai projek bila adanya PRK hanya semata - mata nak menggembirakan penduduk setempat.
Aik! Nak bagi orang gembira pun salah ke? Kang kalau tak buat, kata Kerajaan kejam la, pinggirkan rakyat la, tekan penduduk setempat la. Kalau buat salah jugak?
Dan dia juga kata, tak hairan kalau ada penduduk yang mendoakan agar wakil rakyat mereka meninggal dunia lebih awal kerana nak dapat keuntungan tersebut.
Ceit! Ada ke orang yang macam tu? Kalau ada pun mungkin dari kalangan diorang jugak sebab tak pernah bersyukur dengan apa yang ada.
Ada ke jadi Pesuruhjaya PAS, parti yang memperjuangkan Islam suruh rakyat berdoa agar wakil mereka mati cepat? Apa punya perjuangan Islam macam ni?
Kalau nak bagi cadangan pun, bagi la cadangan yang bernas sikit. Naka buat la bodoh la Tuan Ibrahim oi! Buat malu kat rakyat je. Pemimpin konon. Ceit!!! Pigidah!!!
Anak aku sekolah rendah bagi cadangan lebih bernas daripada cadangan Raja Tak Lawak nie.
BalasPadamAssalam Bro
BalasPadamPemimpin tahap tadika Pasti nak kata apa... Layak ke jadi wakil rakyat?: