Sabtu, Februari 05, 2011


Tu sebab Semut kata dia nak jadi Jebat pun tak layak. Mana tak nya, dah buat tak berani mengaku. Jebat jadahnya macam tu?

Shuhaimi Shafiei, ADUN Sri Muda semalam menyatakan bahawa beliau menjadi mangsa kepada manipulasi politik.

Beliau menyatakan bahawa atikel didalam blog beliau pada 30 Disember lalu tidak ditujukan khusus kepada DYMM Sultan tetapi kepada individu tertentu dalam politik.

Kalau betul dia tak tujukan artikel itu kepada Sultan, kenapa tulis 'Sultan beraja dimata, bertahta di hati'? Buat tulisan pun mengelirukan orang. Lepas tu tak nak mengaku pulak tu.

Kalau tak ditujukan kepada Sultan secara lansung, masih lagi boleh dianggap sebagai hasutan agar rakyat dan pembaca turut mempersoalkan tindakan yang dibuat oleh DYMM Sultan Selangor dalam lantikan Khusrin.

Tapi malangnya, Kerajaan Negeri Selangor masih jugak nak menegakkan benang yang basah kata ada pihak lain yang derhaka kepada Sultan.

Konon mereka dakwa kesetiaan Shuhaimi terbukti apabila beliau turut memberi sokongan dalam usul sidang Khas DUN Selangor yang lalu.

Alahai. Orang dah tahu la. Sidang DUN tu diadakan untuk bagi kuasa pada Menteri Besar je. Bukan pada Sultan. Sultan memang dah ada kuasa dalam lantikan. Yang takde kuasa, Menteri Besar. Kenapa nak diputar belitkan fakta tu?

Dah la tu, Kerajaan Negeri siap nak tanggung duit dan kos perbicaraan Shuhaimi. Wah, duit sapa yang diorang nak pakai ni? Duit rakyat juga yang diorang gadaikan.

Ini kes individu. Bukan melibatkan rakyat dan Negeri. Kenapa pulak nak pakai duit Kerajaan Negeri? Nampak sangat menyelewengnya. Itu diorang nak kata takde diskriminasi? Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping