Selasa, Februari 22, 2011


Hah, ini boleh kira Raja segala penampar ni. Bukan setakat berpusing boleh macam gasing je dah kalau kena pelempang maut ni. Raksasa Gorgon pun kalah.

Pemimpin Pakatan Pembangkang hari ni kebanyakkannya semua mula kecut telur. Terutama sekali geng - geng PKR sebab semua kantoi tak buat kerja.

Laporan dalam Free Malaysia Today baru - baru ni mendedahkan nama 6 orang Ahli Parlimen PKR yang gagal dalam ujian Indeks Prestasi Utama (KPI) yang dijalankan oleh PKR sendiri.

Selain Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, lima lagi Ahli Parlimen lain termasuk Azan Ismail (Indera Mahkota), Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang), Abdullah Sani (Kuala Langat), He Loy Sian (PJ Selatan), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) dan Loh Gwo-Burne (Kelana Jaya).

Azmin walau bagaimana pun berkata, beliau tak tahu lansung wujudnya laporan  audit luar tersebut dan tidak ada sebarang perbincangan mengenai laporan itu.

Demikian juga dengan Azan Ismail dan juga Yusmadi Yusoff yang turut menyatakan mereka tidak tahu wujudnya sistem tersebut.

Yusmadi bagaimana pun berkata, memang ada sebuah Jawatankuasa yang ditubuhkan parti bagi tujuan tersebut.

Tapi beliau tidak bersetuju jika KPI itu dijadikan kayu pengukur utama dalam memilih wakil rakyat untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh mengesahkan bahawa beliau telah membangunkan sistem KPI untuk semua MP PKR dan dilulukan oleh MPP, ADUN dan Ahli Majlis Tempatan bagi meningkatkan prestasi mereka.

Kata si Fuziah tu, sistem tersebut dibangunkan ketika beliau menjadi pengarah latihan parti itu pada tahun 2009.

Fuziah Salleh juga mengaku bahawa audit bebas itu dilakukan oleh Nik Mahmood dan melaporkannya terus kepada Presiden Parti sahaja.

Nampak sangat putar belit mereka dah menjerat diri sendiri. Macam mana si Azmin dan yang lain - lain tu kata diorang tak tahu pasal sisitem KPI ni sedangkan ianya dah dimulakan sejak 2009? Tak logik lansung.

Yang si Yusmadi tu memang la tak setuju dah dia pun tak buatkerja. Kalau ada sistem KPI, susah la dia nak curi tulang nanti.

Tu semua alasan diorang je kata tak tahu ada sistem KPI tu. Semuanya dah jelas tak buat kerja. Jadi bila ditimbulkan pasal sistem KPI ni, mula la semua menggelabah tak tentu arah.

Maklum la, diorang ni semua takut tak dipilih semula jadi calon dalam Pilihanraya Umum akan datang. Maka sebab tu la diorang tak setuju dan buat cerita kata benda tu tak de.

Yang jelasnya, diorang ni memang tak buat kerja pun. Itu yang pasti. Macam si Azan dan si Fuziah tu, apa yang diorang buat? 

Menipu pandai la diorang ni. Nak sangat jadi wakil rakyat, tapi buat kerjanya tidak. Mengutuk orang je kerja nya. Pemimpin konon. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. eh...bukan ke kerja diorg kutuk kerajaan?x masuk KPI ke tu....hihi....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping