Jumaat, Februari 25, 2011


Aduhai. Malu muka weh! Kalau Semut, mau merah muka kena gelak dek orang sebab kebodohan diri sendiri. Dah la depan orang ramai, dalam mahkamah pulak tu.

Perbicaraan kes meliwat yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap pembantu khas beliau, Mohd Saiful Bukhari disambung lagi hari ini.

Pihak pembelaan telah memanggil semula Ketua Unit Paterniti DNA Jabatan Kimia, Nor Aidora Saedon untuk memberi keterangan.

Ram Karpal memulakan pertanyaan sama ada statistik merupakan keutamaan dalam tugas yang dijalankan oleh Aidora.

Nor Aidora mengiyakan perkara tersebut dan laporan statistik itu perlu dibaca sekali dengan laporan yang dibuat oleh Dr Seah sebelum ini.

Kemudian Ram Karpal cuba menimbulkan keraguan dengan merujuk kepada 'Resume' Nor Aidora yang turut bahawa beliau mempunyai pengalaman dalam membuat ujian terhadap rambut dan bulu kerana telah mengikuti kursus tersebut.

Aidora kata dia tidak ada pengalaman yang cukup untuk menjalankan ujian terhadap bahan tersebut (bulu dan rambut).

Si Ram Kapal Tenggelam tu cuba nak buat lawak dengan menyatakan jika ada kursus untuk memasang meja, kerusi dan lampu, sudah tentu Nor Aidora akan turut serta.

Sambil ketawa, Nor Aidora kata tidak. Beliau juga turut menambah bahawa beliau tidak pernah menerbitkan sebarang kertas kerja akademik sebelum ini.

Tak puas hati kena gelak, Ram Kapal Tenggelam tu terus mengasak dengan cubaan untuk menimbulkan keraguan. Beliau menimbulkan soal 'degradasi' terhadap bahan bukti.

Nor Aidora menjelaskan ia memang penting. Tetapi dalam kes ini katanya, ujian tersebut tidak perlu dilakukan kerana sampel yang diterima masih dalam keadaan baik.

Nor Aidora juga turut meminta Peguam si Ketua Penipu itu supaya tidak menjerit - jerit kepada beliau sebab beliau belum pekak lagi katanya.

Dah malu kena gelak, dia mula la meroyan. Mula menjerit - jerit tak tentu arah. Tu sebab dia dah malu la tu, sebab apa lagi.

Kes sikit punya serius macam ni, yang dia pegi tanya soalan bangang buat apa? Dah kena gelak, nak marah - marah orang pulak.

Itu la. Poo...singh lagi. Kan dah songeh muka kena gelak depan orang ramai. Padan muka!!!

3 ulasan:

  1. Ketandusan Idea nampaknya. Kena buat kes ni berlarutan kerana dapat duit lagi dari Anuwar.

    BalasPadam
  2. BAYAR JUTA JUTA LEMON BEB...APA PUN PEGUAM SEMUA TAHU APA SEBENARNYA BELAKU..TAPI DA DI BAYAR BUAT2 TAK TAHU...INI LAH MAHKAMAH DUNIA...YG PENTING $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ SEMUA BERES...JIKA TAK ADA $$$$$$$$$$$$$ SENANG SANGAT KE PENJARA...JIKA BYK $$$$$$$ KES BOLEH DI TANGGUH2 SEBANYAK LEBIH 50 KALI .. SEJARAH TU BEB....

    BalasPadam
  3. BAYAR KA APA KE MESTI KALAH NYA....MAKAN NASI FREE LA ALJUBURI LEPAS NI

    KAH KAH KAH

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping