Memang sah dah. Tak payah la diorang nak pertikaikan lagi. Kalau benda dah terang benderang, apa jadah lagi diorang nak pergi suluh?
Itu semua taktik nak sembunyikan kesalahan diri sendiri je. Nampak sangat sekarang PAS menjadi sasaran utama kritikan rakyat.
Bukan setakat rakyat je yang mempertikaikan kewibawaan PAS dalam Pakatan Pembangkang. malah protal mereka sendiri pun turut mengecam Parti Angguk Saja tu.
Laporan dalam Malaysiakini semalam menyatakan bahawa harapan PAS untuk menawan DUN Merlimau semakin tipis.
Mereka jelas menyatakan bahawa harapan Pakatan Pembangkang untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau hanya diibaratkan sebagai mimpi disiang hari.
Walaupun mereka turun 'top gun' mereka dalam PRK tersebut seperti Nik Aziz, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, ia tetap tidak dapat mengoyah kedudukan BN dikawasan tersebut.
Biarpun ada dakwaan yang menyatakan bahawa TEKUN Nasional mengumumkan agihan pinjaman perniagaan dengan jumlah besar, ia bukan sekadar gimik politik.
Jadi kalau dah 'lidah' mereka sendiri kata PAs akan tewas di Merlimau, apa jadahnya mereka letak calon untuk bertanding bagi kerusi tersebut?
Adalah lebih baik tak payah bertanding lansung kalau awal - awal dah tahu mereka akan kalah. Macam yang berlaku di Tenang baru - baru ini.
Kan tak pasal - pasal je suami Cikgu Mala tu jatuh sakit. Sakit jiwa pulak tu. Tu semua salah siapa lagi kalau bukan salah pimpinan Paktan Pembangkang itu sendiri.
Tapi kenapa mereka masih berdegil nak letak PAS bertanding? Jawapannya mudah. Hanya itu sahaja cara mereka nak memburukkan imej PAS dalam Pakatan Pembangkang.
Ianya hanya wayang untuk mengalihkan perhatian terhadap kepincangan yang berlaku dalam PKR dan DAP. PAS hanya ibarat kambing hitam mereka sahaja yang sedang disembelih hidup - hidup.
Jadi, sebab itu mereka sengaja letak PAS bertanding, Barisan Nasional akan terus menghentam PAS sahaja. Mereka yang lain akan terselamat. Yang senyum lebarnya dah tentu DAP sebab DAP pihak yang paling banyak berpeluk tubuh sahaja.
Ingat rakyat tak tahu ke agenda mereka itu? Ingat rakyat bodoh sangat ke sampai tak nampak lansung taktik buruk mereka? Rakyat dah bijak la menilai.
Yang bodoh, buta dan pekak tuli hanya pengikut - pengikut setia Parti Angguk Saja tu je. Mereka yang tak nampak permainan jahat yang direncanakan oleh PKR dan DAP. Ikhlas dan ada persefahaman konon. Ceit!!! Pigidah!!!
pas memang dah lama jadi keldai pkr/dap... :-(
BalasPadam