Ahad, Februari 06, 2011


Takut nak berdepan dengan kenyataan, macam - macam alasan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS ni. Sampaikan nak menegakkan kebenaran pun dia nak putar belit cerita. Inilah rupa sebenar Nik Aziz yang juga dikenali sebagai Wali Terompah.

Buat pengikut - pengikut setia dan penyokong tegar Wali Terompah ni, jangan marah membabi buta. Baca dulu cerita dibawah untuk memahami tajuk diatas.

Suatu ketika dizaman Imam Syafie, datang seorang pendita Yahudi yang mencabar ketinggian ilmu serta kebenaran Islam. 

Pendita itu mencabar kredibiliti Imam Malik yang juga merupakan guru Imam Syafie. Namun sebab Imam Malik keluar merantau, maka Imam Syafie tampil menggantikan tempat gurunya.

Bila Imam Syafie datang, pendita Yahudi itu kata Imam Syafie tak layak sahut cabarannya. Sebab Imam Syafie tidak ada tauliah dan kedudukan yang setaraf dengan Imam Malik.

Di pendekkan cerita, Imam Syafie dapat mengalahkan pendita Yahudi tersebut dan mengekalkan ketinggian serta kebenaran Islam.


Dalam situasi yang sama, Nik Aziz telah menolak sahutan cabaran daripada Prof. Mohd Noor Deris. Kata dia, dia hanya akan berdebat dengan orang yang bertauliah dan mempunyai kedudukan.

Alasan yang diberikan oleh Nik Aziz tu sama dengan alasan yang diberikan pendita Yahudi yang enggan berdebat dengan Imam Syafie. Kenapa jadi begitu?

Fikirkan sejenak. Nak menegakkan kebenaran perlu ada tauliah ke? Perlu ada kedudukan ke? Sekarang dah ada orang sahut cabaran beliau, kenapa beliau masih mengelak?

Maka timbul persoalan, kenapa Nik Aziz takut nak berdebat dengan Mohd Noor Deris?Kata nak menegakkan ajaran Islam yang tulen. Kata memperjuangkan agama? 

Dah terbukti Nik Aziz hanya sekadar ahli politik yang mempergunakan Islam sebagai bahan politiknya. Buat malu PAS je Nik Aziz ni sebenarnya. 

Baik suruh dia pencen je sebelum dia terus mengaibkan Parti Angguk Saja itu kerana sah dia jadi liabiliti buat parti tersebut. Nak perjuangkan Islam konon. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Prof. Mohd Noor Deris tu tak bertauliah ke? ada taraf prof...dia apa yang ada?

    Prof pulak dari UM, jadi maknanya lulusan UM ni tak bertauliah ke..? bodoh punya olang...hihi pengikut pas ...angguk je ye....

    BalasPadam
  2. encik semut hitam,

    anda islam bukan?
    sesungguhnya islam juga tak mengajar penganutnya untuk menegur secara kasar dan mengguris hati,
    kalau ada yang tak berkenan di hati, elok kalau ditegur dalam bahasa yang lebih baik, bukan mengata orang dengan kata-kata kurang manis dan sebagainya,

    hanya pendapat dari insan yang masih lemah iman..bukan mahu mencabar atau menasihat, saya bukan orang yang layak, cuma ingin menegur yang mana dilihat kurang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping