Ahad, Mac 27, 2011


Ya! Kebenaran itu yang dituntut oleh rakyat terhadap pemimpinnya. Tapi sampai sekarang, kebenaran itu sengaja diputar belitkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kata Dr. MAZA, semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum perlu menyatakan bantahan terhadap budaya kotor dan jelek dikalangan politikus dan media.

Menurut Dr. MAZA lagi, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor tidak perlu disebarkan kepada masyarakat umum Negara ini.

Ia mungkin akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai - nilai negatif yang dibawa oleh pemimpin.

Jadi orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur - unsur yang kotor yang melambangkan pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah.

Maka, secara tak lansung, kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor sebelum ini yang menyatakan seorang ahli Politik ada kehidupan peribadi serta kehidupan politik perlu ditolak.

Nak jadi pemimpin, tak kira la kehidupan peribadi atau kehidupan Politik, mereka perlu bebas dari melakukan perkara - perkara buruk yang tidak mencerminkan kebersihan diri.

Kata Dr. MAZA lagi, rakyat perlu bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak tanpa mengira agama, kaum dan parti.
"Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," tegasnya lagi.
Maka saranan Semut, usah la Anwar hendak berdalih lagi. Buktikan kebenaran itu berpihak kepada dia dengan menyerahkan DNAnya kepada pihak Mahkamah.

Saranan Semut ini bukan atas dasar kepartian. Tetapi atas dasar kebenaran dan tuntutan rakyat yang mahukan keadilan. Itulah yang menjadi tuntutan rakyat.

Kebenaran itu dituntut bukan untuk individu tertentu tetapi buat seluruh rakyat Malaysia secara khususnya. 

Jika benar Anwar ada prinsip dalam perjuangan, Nah! Buktikan. Buktikan bahawa segala dakwaan yang dia kata fitnah terhadap dirinya itu benar belaka. Baru rakyat boleh percaya.

Tapi persoalannya, kenapa dia masih berlengah dan memutar belitkan isu tersebut? Lagi cepat dia serahkan DNA dia, lagi senang kerja Mahkamah. 

Rakyat tu tidak akan rasa terhina kerana sikap putar alam yang sorang ni. Buat malu Negara je. Itu pun dia masih berangan - angan nak jadi Perdana Menteri. Ceit!!! Pigidah!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping