Ini Bahagian Satu dari dua bahagian yang akan Semut ceritakan mengenai sikap Penakut puak - puak pemimpin PAS ni. Nama je parti yang memperjuangkan Islam.
Tapi bila suruh tegakkan perkara yang Benar, semua takut. Semua jadi tikus, takutkan Nik Aziz. Besar sangat ke Nik Aziz tu?
Dengar kata, dalam Muktamar PAS bulan Jun Nanti, Nasarudin Mat Isa kata dia tak nak pertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden. Jadi, kita komen sikit pasal pendirian Nasa ni.
Keputusan Nasa tu telah membuktikan bahawa PAS sebagai sebuah parti Islam menolak perkara pertama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W sewaktu mula - mula membuka Kota Madinah iaitu perpaduan Ummah.
Demi memupuk dan membina sebuah Kerajaan Islam, Rasulullah S.A.W terlebih dahulu menyatukan seluruh penduduk Madinah. Kemudian baru Baginda buat perundangan Islam.
Seterusnya usaha mengembangkan syiar Islam itu berjaya sebab ada penyatuan Ummah dan menjadi empayar yang cukup digeruni suatu ketika dahulu.
Tetapi, malangnya di Malaysia, PAS sebagai sebuah parti yang KONONNYA memperjuangkan Islam menolak perkara ini.
Mereka jelas tidak mengambil ikhtibar dengan apa yang berlaku di Semenanjung Arab pada ketika ini dimana umat Islam digempur orang orang - orang kafir.
Sebab apa? Asbab mereka berpecah belah dan bertelagah sesama sendiri. Maka akibatnya, saban hari, umat Islam dibunuh secara terang - terangan.
Bila ada usaha yang menjurus ke arah perpaduan, mula la Mursyidul Am PAS tu naik angin. Dia naik angin pun bukan sebab apa. Sebab dia takut kuasa dia akan hilang.
Bila orang kata dia bawak ajaran sesat dia marah. Ni dah terang - terang dia tolak sunnah Rasulullah S.A.W. Dia tak nak mengaku jugak ke?
Jangan la nak tipu rakyat kata nak bagi pada orang lain. Semua orang dah tau yang dia kena 'sound' dengan Nik Aziz dulu. Kalau tidak, kenapa Nasa tak nak kekal pegang jawatan Timbalan Presiden?
Islam menganjurkan umatnya Berani Kerana Benar. Jika benar Nasa rasa Perpaduan Ummah boleh dicapai melalui Kerajaan Perpaduan, dia kena berani.
Jangan letakkan masa depan Agama, Bangsa dan Negara pada bahu orang lain. Kita sendiri kena pikul tanggungjawab itu. Nak pulak dia sebagai seorang pemimpin. Takkan itu pun dia takut kot?
alamak ...
BalasPadamni sume pasai hadi nak spin balik sokongan pas pada dia
berebot ngan n.ajis sokong kes video nuar.
Nasa frust nungging.
apapun aku rasa pas dah mula masuk era orang tak ader kerjer ke ke