Semut baru nak tulis cerita ni. Tapi rakan blogger Semut, Empayar Pemuda dah siarkan kisah ini terlebih dahulu.
Mula - mula terkejut jugak la Semut bila terima SMS dari Utusan Malaysia petang tadi. Ingatkan ADUN Bukit Lanjan tu yang kena khianat.
Rupanya Elizabeth Wong lain. Nama dia je kebetulan sama dengan nama ADUN Bukit Lanjan tu. Berikut laporan mengenai insiden tersebut:
PETALING JAYA 14 Mac – Seorang guru wanita maut akibat melecur teruk setelah pangsapuri studio yang disewanya di Damansara Perdana di sini, terbakar hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Elizabeth Wong, 25, dipercayai gagal melarikan diri sebelum mengalami sesak nafas dan ditemui mati dengan keadaan tubuh melecur 100 peratus di atas katil di rumahnya.
Penguasa Bomba dan Penyelamat (Bahagian Operasi) Selangor, Wan Mohd. Hamizi Wan Mohd. Zain berkata, kebakaran di satu unit rumah terletak di tingkat 7, Pangsupuri Ritz, Damansara Perdana itu dimaklumkan kepada pihaknya pada pukul 10.27 pagi.
Selanjutnya, baca disini.
Takziah Semut ucapkan kepada keluarga mendiang. Terfikir jugak. Macam mana benda tu boleh berlaku? Takkan tiba - tiba je pulak kan?
Hai, macam - macam dah kejadian pelik - pelik berlaku dalam Malaysia ni sejak Pakatan Pembangkang mula dapat kuasa.
Tu baru memerintah beberapa Negeri. Kalau memerintah Negara, apa pulak la yang bakal berlaku nanti ye?
Kejap - kejap ada yang mati kena bunuh, ada yang mati kena bakor. Rumah pun kena curi. Gila betul puak Pembangkang ni.
Tapi persoalan yang masih kekal sampai hari ni, hanya satu. Bila Ketua Pembangkang merangkap Ketua Penipu Rakyat tu nak bagi sampel DNA dia untuk diuji ye? Takkan nak tunggu sampai kucing bertanduk kot?
..kalau dilihat pada siapa yang memerintah selama ini dan kemana hilangnnya sifat kemanusiaan pada mereka yang melakukan jenayah kenapa kita tidak bertanya mengapa mereka melakukan demikian... kerana mereka dibiarkan hidup tanpa diberi pendidikan moral dan tidak ditanamkan iman didalam hati mereka dan tidak ada keseimbangan rohaniah dan jasmaniah...yang disogokkan oleh kerajaan terhadap rakyat adalah kehidupan dunia semata mata...maka meningkatlah statistik kes kes jenayah terutamanya orang orang melayu dan remaja melayu....orang orang islam yang sebenarnya sudah ada lampu untuk menerangi kehidupan mereka tapi apabila lampu itu dipadamkan ia akan berada didalam kegelapan yang lebih teruk daripada orang orang kafir yang tiada lampu....
BalasPadam