Selasa, Mac 22, 2011


Memang ini berita Gempak!!! Semua orang akan ternanti - nanti hari Rabu ni. Nak pulak bebudak sekolah yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia.

Satu Majlis Pengumuman Analisis Keputusan SPM bagi tahun 2010 akan diadakan pada jam 9 pagi, Rabu ini di Kementerian Pelajaran.

Menurut satu kenyataan hari semalam, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada pihak sekolah masing - masing selepas jam 10 pagi pada hari yang sama.

Bagi calon persendirian, mereka akan dimaklumkan melalui pos atau menghubungi terus ke Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.

Sistem MySMS juga turut diperkenalkan agar calon boleh mendapatkan keputusan masing - masing melalui nombor 15888 yang bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Teringat Semut masa nak ambik keputusan SPM dulu. Sampai tak tido malam dibuatnya. Tapi, Alhamdulillah. Semuanya berbaloi belaka. Didoakan agar semua calon mendapat keputusan yang cemerlang. Insya Allah.

Tapi itu cerita pasal keputusan SPM. Ada lagi satu keputusan yang turut dinanti - nantikan akan berlaku juga pada hari Rabu nanti.

Pihak Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan sama ada hendak mengeluarkan perintah Mahkamah bagi mendapatkan sampel DNA Anwar untuk diuji atau sebaliknya.

Keputusan itu bagi Semut sangat penting kerana ia akan menyerlahkan kebenaran dan keadilan dalam isu kes meliwat yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap pembantu khasnya.

Kalau mahkamah setuju mengeluarkan perintah mahkamah tu, nak jugak tengok apa reaksi pihak pembelaan. 

Nak tengok jugak, apa alasan yang akan dikeluarkan oleh Ketua Peguam Si Al - Juburi tu nanti. Macam mana caranya si Karpal Singki Pecah tu nak Poo...singh cerita ye?

Apa - apa hal pun, keputusannya hari Rabu nanti. Mari kita sama - sama doakan agar kebenaran itu tetap ditegakkan walau di Poo...singh oleh Si Ketua Penipu dan juga konco - konconya selama hari ini.

Ps: Rasa - rasa, nak ke si Anwar tu bagi sampel DNA dia seandainya Mahkamah keluarkan perintah nanti?

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping