Semut cuba nak mendalami, apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Menteri Besar Badut Selangor ni.
Adakah dia nak kata, kalau pun Anwar terlibat dalam video yang ditayangkan kepada pihak media sebelum, ianya hanya melibatkan kehidupan harian beliau?
Kata si Khalid Gagap, dakwaan terbaru ke atas si Ketua Penipu berhubung video seks yang membabitkan dirinya itu sangat serius jika ianya benar.
Khalid yang mengakui belum tengok video tersebut juga kata, sekiranya dakwaan itu tidak benar, ianya adalah satu hari yang sedih untuk Negara kerana Politik Kotor telah digunakan.
Cuba baca apa yang si Khalid Gagap ni nak sampaikan dibawah. Petikan ini Semut ambil dari portal Malaysian Insider malam tadi:
“Walaupun ahli politik perlu bersih dalam tingkah lakunya, namun kita juga perlu beri ruang kepada orang dan kita tidak boleh sentiasa ikut (mereka) malahan hingga ke tandas. Terdapat kehidupan peribadi dan kehidupan politik,”
Dia nak cakap apa sebenarnya, Semut pun tak faham. Mungkin sebab dia tergagap - gagap masa bagi kenyataan ni jadi pemberita pun susah nak faham kot.
Maknanya, dia nak kata tak salah kalau Anwar terlibat dalam aktiviti melanggan pelacur tu ye? Sebab ianya tak de kena mengena dengan 'Kehidupan Politik' dia.
Apa yang Anwar buat, jika benar, itu hanyalah sebahagian daripada 'Kehidupan Peribadi'nya sahaja. Adakah itu yang dimaksudkan oleh si Khalid Gagap tu?
Apa si Khalid ni ingat rakyat ni bodoh macam dia ke? Macam mana Si Al - Juburi tu nak jadi Perdana Menteri kalau perangai dia suka buat kerja - kerja haramjadah macam ni?
Dan pulak, kalau benar la Anwar yang terlibat, tak malu ke dia sebab dia beragama Islam? Ke si Khalid tu tak nampak semua ni?
Apa yang dia nampak hanyalah dakwaan bahawa semua ini perangkap BN semata - mata walaupun tidak ada bukti yang kukuh nak kaitkan dengan pihak BN.
Kalau tak benar, Si Khalid tu kata ianya Politik Kotor. Kalau benar, macam mana pulak? Apa pulak alasan Khalid tu nanti?
Hati - hati bila berkata - kata. Nanti takut memakan diri. Suka Semut ulangi. Dalam laporan awal tadi, takde yang sebut nama Anwar Ibrahim kecuali Malaysian Insider yang 'tertulis'.
Jadi, kalau Anwar nak saman, saman portal Malaysian Insider terlebih dahulu. Nak buat dakwaan biar bermula dari puncanya, jangan main terjah ikut suka je ye.
Ps: Rasa - rasa, nak ke si Anwar tu bagi sampel DNA dia seandainya Mahkamah keluarkan perintah nanti?
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.