Hari ni ada lagi pihak yang mendesak Anwar untuk menyerahkan DNA dia secara sukarela. Selagi dia tak buat la benda tu, rasanya selagi itu la rakyat akan membuat desakkan seumpama ini.
Kali ini desakkan dituju pula kepada isteri dia yang juga merupakan Presiden PKR dan ianya dibuat oleh bekas ahli PKR sendiri.
Bekas Ketua AMK Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, beliau yakin itulah cara yang terbaik untuk Anwar membersihkan nama baiknya.
Malah, kata Fakhrul, Wan Azizah adalah Presiden yang mempunyai hak untuk menggesa Anwar jika Kak Wan juga benar - benar yakin Anwar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.
Bukan setakat nak jaga nama baik Anwar je. Tapi maruah keluarga yang kononnya turut didakwa tercalar akibat kes tersebut.
Kalau betul la Anwar tak nak ahli Keluarganya malu dengan apa yang sedang berlaku, kenapa dia masih enggan menyerahkan DNA tersebut?
Itu yang rakyat nak tahu. Itu yang rakyat tuntut. Itu yang rakyat desak. Mereka mahukan kebenaran bagi menamatkan konflik yang berlaku.
Pihak pendakwaan bagi kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar baru - baru ini telah memohon perintah mahkamah Tinggi supaya mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA bagi tujuan perbandingan.
Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 73 dan Seksyen 165 Akta Keterangan bagi menentukan sama ada profail DNA yang ditemui pada Mohd Saiful adalah milik Anwar atau pun bukan.
Walaupun kes masih ditangguh berikutan kemtian adik Karpal Singki Pecah semalam, desakkan seumpama ini nampak gayanya tidak akan berhenti. Maka persoalan dibawah masih belum terjawab.
Ps: Agak - agak, bila la si Anwar tu nak buktikan dia tak bersalah dengan memberikan sampel DNA dia untuk diuji ye?
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.