Si Ketua Penipu ni memang kuat putar belit dia. Kalau hari ni dia cakap macam ni, esok dia akan cakap macam tu pulak.
Tambah teruk, kalau kita tanya dia, erk hari tu cakap macam ni. Kenapa hari ni cakap lain pulak? Dia gerenti tak kan mengaku yang dia pernah cakap benda lain sebelum ini.
Sebagai contoh. Dia pernah pertikai pemberian subsidi dan bantuan kepada syarikat - syarikat besar seperti Genting dan YTL.
Kata dia, buat apa lagi nak bantu diorang sedangkan diorang dah jelas mampu berdiri atas kaki sendiri? Maka dia buat saranan agar subsidi itu ditarik balik dan diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Tapi hari ni dia pertikai pulak bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Selangor.
Kata dia, Kerajaan Negeri Selangor mampu menyumbang RM16billion kepada Kerajaan Persekutuan hampir setiap tahun.
Namun, kata dia Kerajaan Negeri hanya diberikan bantuan sebanyak 2.9 peratus atau hanya RM400juta sahaja daripada Kerajaan Persekutuan.
Tak ke retorik apa yang dia cakap? Dia jugak yang cakap, buat apa bagi bantuan kepada mereka yang dah memang sedia kaya?
Kalau Selangor mampu membayar cukai sampai RM16billion, maknanya pendapatan dia mesti lebih dari itu. Kalau dah kaya, untuk apa lagi diorang memerlukan bantuan dari Kerajaan Pusat?
Dia jugak yang desak agar Kerajaan Pusat membantu Kerajaan Negeri lain seperti Sabah yang katanya mundur sebelum ini. Lagi dia nak tuduh Kerajaan Pusat tak adil?
Jadi mungkin peruntukan bantuan kepada Negeri - Negeri ini ditambah dan bagi Negeri yang mengaku dah kaya, Kerajaan Pusat bagi la sikit.
Sama la macam Kerajaan Negeri Kelantan. Kata diorang hasil yang diperolehi Kerajaan Negeri berlipat kali ganda sejak PAS memerintah. Dah dapat banyak, nak dibantu lagi ke?
Jangan la nak putar belit cerita. Cakap biar jelas dan terang. Nak pertikai pun, tengok dulu la apa yang perlu dipertikaikan. Jangan main cakap je. Kan dah kena batang hidung sendiri. Padan Muka!!!
Ps: Agak - agak, bila la si Anwar tu nak buktikan dia tak bersalah dengan memberikan sampel DNA dia untuk diuji ye?
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.