Wah!!! Ini satu benda yang jarang kita dengar. Selalu, PAS je yang suka buat solat hajat ni. Solat hajat pecah perut la, solat hajat sebab dizalimi la.
Kali ni, rakyat pulak akan buat solat hajat mohon petunjuk daripada Allah S.W.T atas kezaliman Kerajaan PAS di Kelantan.
Dengar kata 300 orang peniaga Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu akan mengadakan solat hajat di perkarangan pasar tersebut.
Ianya adalah disebabkan mereka menghadapi jalan buntu dalam kemelut perpindahan kerana diusir oleh pihak berkuasa sebelum ini.
Solat hajat itu katanya adalah untuk memohon petunjuk agar peniaga tidak diusir Kerajaan Negeri ekoran tapak baru yang dijanjikan dibazar Tok Guru tidak menepati janji.
Kata Datuk fatmi Che Salleh yang turut menyertai solat hajat itu berkata ikhtiar itu diharapkan dapat membuka hati pihak berkenaan untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Peniaga Pasar Lama Arked MPKB, merayu kepada Kerajaan Negeri dan pihak pemaju agar menagguhkan perpindahan peniaga sehingga Bazar Tok Guru itu siap sepenuhnya.
“Ini periuk nasi kami, kami berharap pihak terbabit bersimpati terhadap nasib kami dan menangguhkan dulu perpindahan ini,” katanya
Fuh! Kejam. Zalim sungguh. Ingatkan dia cakap orang lain zalim, diorang ni baik hati sangat. Rupanya lebih kurang je zalimnya.
Bukannya dia nak tolong rakyat dia berniaga dan menyediakan pekerjaan. Tapi sebaliknya, dalam periuk nasi orang pun diorang campakkan pasir. Macam ni diorang kata kepimpinan islam? Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.