Apa yang diorang nak siasat lagi ni? Saman je terus. Dah terang dan nyata Ceramah DNA (Datuk Najib Altantuya) ni bermotifkan fitnah.
Takkan itu pun diorang masih nak berlengah - lengah jugak? Dah la tu, bukan calang - calang orang pulak yang nak difitnahnya. Pemimpin Nombor Satu Malaysia.
Kalau tak de tindakan tegas yang diambil, lagi banyak la fakta yang akan diorang putar belitkan nanti. Diorang boleh cakap, apa yang diorang buat tu betul.
Kalau tak betul, kenapa Datuk Seri Najib tak ambik tindakan? Masa tu, baru la nak kelam-kabut nak buat kerja. Nak bagi penjelasan itu dan ini.
Hari ni pun, diorang dah keluar macam - macam alasan. Sampai pihak PDRM pun kena perli dengan Si Hero Berkemban tu.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini menyindir pihak polis kerana didakwa telah mengeluarkan notis '8 bulan lebih awal' agar dapat menghadirkan diri di IPD Ampang.
Selain tidak diberi alasan yang munasabah, pihak Polis juga katanya seolah - olah mengeluarkan notis tersebut secara terburu - buru hingga menyebabkan kesilapan itu berlaku.
“Notis di bawah Seksyen 111 telah digunakan terhadap saya lewat malam tadi yang bertarikh 26 November 2011, ini bermakna polis terlalu cekap yang mana mereka sediakan notis lapan bulan lebih awal,” kata Azmin.
Dia pandai perli polis, tapi bila dipanggil banyak pulak alasannya. Kata peguam Azmin, siasatan ke atas Ceramah tersebut ditunda ke hari Rabu.
Peguam N. Surendren kata Azmin dan dua lagi ADUN dari PKR tidak dapat hadir bagi membantu siasatan tersebut kerana menghadiri sidang DUN Selangor hari ini.
Hah! kan dah kena. Patutnya tak payah susah - susah. PM boleh saman je puak - puak PKR ni sebab sengaja menyebarkan fitnah terhadap beliau.
Bagi diorang sedar sikit. Jangan biarkan diorang suka - suka je nak pijak kepala orang tak tentu pasal. Kasi ajar sikit sama ini orang.
Apa guna ada Akta Keselamatan Dalam Negeri? Takkan nak simpan buat bahan pameran je kot? Gunakan lah ISA terhadap diorang ni supaya jangan biadap.
Nak pulak si Mat Muka Bulan yang jadi dalang dalam Operasi DNA ni. Biar dia tau langit tinggi rendah. Setakat nak buat siasatan remeh temeh, apa barang.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.