Ahad, Mac 27, 2011

"...Nak Lawan Mat Sabun? Ana Surrender..."

Ok. Ini bahagian 2 pulak. Dalam bahagian 1 tadi, kita cerita pasal Nasarudin Mat Isa yang takutkan Nik Aziz sampai tak nak pertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam Muktamar yang akan datang.

Dalam bahagian 2 ni pulak, kita cerita pasal Tuan Ibrahim Tuan Man yang katanya juga tidak akan bertanding bagi jawatan tersebut.

Wah! Kalau dekat Kerdau hari tu, dia la yang paling lantang sekali mempertikaikan itu dan ini. Tapi bila suruh bertanding, takut pulak.

Dengar kata, geng - geng Pro Kerajaan Perpaduan ni nak letak Tuan Ibrahim bagi menggantikan Nasarudin Mat Isa sebagai calon Timbalan mereka.

Mungkin sebab mereka dah putus asa dengan Nasa yang kelihatan senyap sunyi selepas kena 'sound' dengan Nik Aziz ari tu.

Nak pulak bila si Nasa ni tak Berani Kerana Benar, tetapi sebaliknya pulak. Rupanya harapan mereka nak mencalonkan Tuan Ibrahim pun macam tu jugak la nampak gayanya.

Kalau nak tahu, Tuan Ibrahim, Tokeh Ladang Getah Pajak ni pun sebenarnya tak nak bertanding sebab dia pun penakut jugak.

Dia lagi takutkan Nik Aziz daripada takut nak menegakkan kebenaran dan menuruti hukum sunnah Rasulullah S.A.W dalam soal perpaduan.

Tengok aje la masa di kerdau hari tu. Sebelum ni dengar kata PAS Pahang dah setuju tak nak bertanding dalam Pilihanraya tersebut. 

Tapi sebab nak jaga air muka Nik Aziz, bertanding jugak la walaupun dia tau PAS akan kalah dari merebut kerusi tersebut. Sebab itu jugak la diorang letak calon 'Recycle'.

Inilah sifat sebenar pemimpin PAS. Mereka lebih takutkan Nik Aziz dari hukum Islam. Padahal Islam menganjurkan umatnya Berani Kerana Benar.

Tapi belum apa - apa lagi, dah takut nak bertanding. Tak kan la diorang nak bagi Mat Sabun menang free kot? Alahai, berani la sikit lawan Tuan Guru tu. Dia pun manusia biasa jugak. Bukan maksum sangat pun.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping