Isnin, Mac 28, 2011


Tajuk ini mungkin berat untuk kita pertimbangkan. Nak pulak kalau kita datang pepagi buta ke pejabat macam hari ini.

Tapi nak atau tak nak, perkara ini perlu diberi perhatian serius. Terutama kepada mereka yang berbangsa Melayu yang membentuk majoriti Bumiputera dalam Malaysia.

Kata Datuk Ibrahim Ali, kaum Melayu lebih baik tinggal dibawah pentadbiran penjajah jika Artikel 153 yang melindungi hak istimewa mereka terus diketepikan.

Bagi beliau, apa yang menjadi Hak itu tetap menjadi Hak kepada orang Melayu tanpa perlu dipertikaikan lagi.

Apa yang dinyatakan oleh Datuk Ibrahim Ali itu sudah cukup jelas kepada seluruh rakyat Malaysia sebab ayatnya mudah untuk fahami.

Kita lihat semula sejarah penentangan rakyat Tanah Melayu tatkala British umumkan penubuhan Malayan Union dulu. Kenapa ianya ditentang?

Apa yang berlaku pada hari ini yang digerakkan oleh puak Pembangkang adalah perkara yang sama. 

Mereka menuntut hak kesamarataan. Sama juga apa yang termaktub dalam Malayan Union dulu. Kalau benda yang sama jugak dituntut, baik tak payah tolak Malayan Union tu.

Kita lihat hari ni, semakin ramai pemimpin dikalangan Pakatan Pembangkang yang melacurkan perjuangan Nenek Moyang mereka sendiri.

Kalau setakat Tony Puaka dan sekutunya yang buat penentangan, kita boleh terima lagi sebab mereka memang asalnya dari puak Komunis yang mahu berkuasa di Tanah Melayu ini.

Malangnya, ada jugak segelintir Pemimpin Melayu yang turut melaungkan perkara yang sama. Sebagai contoh paling besar, Nurul Izzah, anak kepada Ketua Penipu itu sendiri.

Persoalan utamanya, kenapa dia sebagai anak kepada Pemimpin yang dulunya menyokong perjuangan Melayu mempertikaikan hak bangsanya sendiri?

Ada jugak dari kalangan pemimpin mereka ini yang tak bangga jadi Melayu pun. Itu pun dah membuktikan bahawa walaupun dia pemimpin Islam kononnya, dia turut melacurkan perjuangan asal pengasas Parti Islam itu sendiri.

Kalau mereka tolak perkara 153 itu, maka secara dasarnya, mereka juga menolak sejarah perjuangan Nenek Moyang mereka sendiri. Bahasa kasarnya, baik kita bakar je buku sejarah Tanah Melayu yang sedia ada.

Perlu diingatkan. Tanpa Artikel 153 itu sendiri, Melayu di Malaysia ini mungkin akan jadi seperti rakyat Palastine yang semakin hari semakin hilang tanah milik mereka kepada orang hanya hanya datang menumpang.

Sedar la diri sikit. Jangan sibuk mempertikaikan benda yang bukan - bukan tanpa mengambil kira natijahnya dimasa akan datang.

Dulu di Palastine, mereka pun tak sangka yang Negara mereka akan dirampas sedemikian rupa. Jadi buat Si Anak Kecil dan Tuan Guru PAS tu pun jangan sewenang - wenangnya nak bercakap.

Nak bercakap pun kena fikir dulu. Jangan cakap main ikut sedap mulut je. Fikir pakai kepala otak. Bukan pakai kepala lutut. Tanya diri sendiri, nak ke kita jadi macam rakyat Palastine hari ni?
Categories:

1 ulasan:

  1. Assalam,

    Tuan Guru tu otak dia sebenarnya dah tak berfungsi.. sebab apa yang dia cakp tak masuk akal dah.. nas dan hadis dipermain2kan.. Nabi Muhammad swt dipersendakan..sunnah2 nabi dipertikaikan (melainkan bela janggut dan yang penting sekali poligami...ini betul2 ikut sunnah), cakap dia yang lain2 takleh pakai..sebab dia dengan sesuka hatinya menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal..ikut kepentingan dia.. tapi yang peliknya kenapa pengikut dia tak nampak ini semua... buta ke pekak?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping