Dah lama Semut nak tulis mengenai perkara ini. Cuma keadaan sahaja yang rasanya tak sesuai. Tapi memandangkan sekarang, perkara ini perlu diberi perhatian.
Umum tahu, PAS semakin hari semakin banyak kehilangan undi dari kalangan orang Melayu kerana dasar perjuangan mereka diragui.
Akhir - akhir ini, PAS juga semakin banyak kehilangan undi dari kaum Cina menyebabkan mereka kalah di Kerdau dan Merlimau baru - baru ini.
Itu tak dinafikan. Malah ianya diakui sendiri oleh DAPigs yang menyalahkan PAS. Kenapa dia salahkan PAS? Atas sebab apa?
Atas sebab tindakan melarang jualan arak dan mengharamkan judi di Negeri Kelantan. Alasan itulah yang dinyatakan oleh DAPigs apabila mengulas mengenai kekalahan PAS baru - baru ni.
Tapi secara tak sedar, taktik PAS itu sedikit sebanyak telah berjaya membuat DAPigs dan MCA melutut kepada mereka.
Kalau tidak, kenapa si Chua Soi Lek tu beria - ia nak pergi mengadap Nik Aziz di Kelantan? Nampak sangat jerat PAS dah mengena dan Chua Soi Lek tu dah termakan umpan mereka.
Sekarang PAS memegang 'Trumph Card' untuk mendapatkan undi bangsa Cina dari DAPigs dan MCA secara paksa dengan mempergunakan Islam sebagai senjata. Bijak bukan?
Kenapa pihak Barisan Nasional tak terfikir pun untuk mengambil tindakan sedrastik itu sedangkan sokongan dari kalangan masyarakat Cina di Malaysia ini masih negatif terhadap mereka?
Adakah kerana sikap toleransi dan terlalu bertolak ansur dalam memenuhi kehendak parti komponen mengakibatkan UMNO takut untuk bertindak sedemikian?
Yang pasti, UMNO tidak mempergunakan Islam sewenang - wenangnya hanya untu mendapat undi dan kuasa.
Walaubagaimana pun, perkara ini masih perlu diberi perhatian kerana sokongan bangsa lain kepada BN masih juga tidak berganjak. Ada yang kawasan Putih dah jadi kelabu sekarang ni.
Bagi la macam - macam benda pada mereka ni. Tapi 'mengkala' nak mengundi BN, jauh sekali. Jadi, apa penyelesaiannya? Itu persoalan yang perlu difikirkan oleh pemimpin BN jika mahu terus mengekalkan kuasa di Malaysia ini.
Ps: Agak - agak, bila la si Anwar tu nak buktikan dia tak bersalah dengan memberikan sampel DNA dia untuk diuji ye?
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.