Khamis, April 28, 2011


Dah banyak kali Semut ulangi cogankata ini: Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah. Kalau kita tak buat salah, buat apa kita nak takut?

Melihatkan gelagat Si Ketua Penipu tu dalam isu kes video seks, tak sedikit pun dapat dilihat bahawa dia berada dipihak yang benar.

Buktinya jelas. Nampak sangat dia tergesa - gesa buat sidang media masa video tersebut mula - mula ditayangkan. Padahal dia sendiri pun tak tengok lagi video tu.

Kedua, kenapa dia perlu marah - marah pada orang lain bila ditanya mengenai jam Omega milik dia tempoh hari? Kalau ada jam tu pada dia, tunjukkan lah. Apa susah.

Ketiga, kalau dia dah mengaku bahawa individu dalam video tersebut bukan dia, buat apa puak - puak penyokong tegar dia sibuk sangat bagi alasan itu dan ini?

Buat tak tau dah la. Itu bukan Anwar. Jadi, diorang beria - ia nak bagi alasan itu ini buat apa? Siap buat laporan SKMM lagi terhadap penyebaran video tersebut dalam Youtube.

Yang paling kelakar sekali, PKR mengakui bahawa individu dalam video tu bukan Anwar, tapi AMK yang beria - ia buat laporan SKMM. Apa jadahnya? Tak ke bodoh namanya tu.

Yang seterusnya, dalam isu kes liwat hari tu, Nik Aziz yang yakin kononnya Anwar tak terlibat mencabar Anwar agar bersumpah Mubahalah demi membuktikan kebenaran.

Tapi, sampai ke sudah Anwar tak berani pun angkat tindakan tersebut. Saranan dan cabaran yang dibuat oleh Mursyidul AM PAS tu ditolak bulat - bulat.

Hari ni, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dah keluarkan kenyataan yang dia bersedia untuk bersumpah dalam satu majlis rasmi bersama dengan Anwar.

Eskay berharap, perkara itu dapat dilakukan bersama - sama di Masjid Amru Al - As di Sentul selepas Solat Jumaat esok.

Pihak yang meragui Kebenaran dalam isu ini pun dijemput untuk turut hadir dalam Majlis tersebut. Itu pun KALAU diorang nak hadir.

Aci kerat jari la kalau Anwar akan turut serta dalam Majlis tu. Tentu ada je alasan yang akan dia bagi nanti. 

Entah Ulama mana pulak la yang akan dia pergunakan untuk mengukuhkan alasan dia tu nanti. Maklum la, dia kan kaki Kencing Rakyat. Ketua Penipu la katakan. Penakut Rakyat!!!

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping