...MAKA TERLIHAT LAH KEBODOHAN DIRI DIA SENDIRI!!!...
Itu sambungan yang paling sesuai bagi tajuk artikel Semut dipagi hari ni kerana itulah hakikat sebenarnya dan ianya tidak dapat dinafikan lagi,
Nampak sangat PAS sekarang ni terpaksa 'mempertahankan diri' akibat tindakan mereka mengugurkan perjuangan Negara Islam dan digantikan dengan Negara Kebajikan.
Kata Si Khalid Gereja ni, sejak PAS melaungkan cogan kata Negara Kebajikan itu, banyak isu - isu ditimbulkan oleh pihak UMNO.
Malah dia turut membuat dakwaan bahawa UMNO tak faham dengan perjuangan PAS secara dasarnya. Maka sebab itulah tafsiran kepada Negara Kebajikan itu disalah ertikan mereka.
Kata Si Khalid Gereja tu lagi, sekiranya ada parti Politik yang ingin mengubah matlamat perjuanganya, ia mesti melalui proses pindaan perlembagaan parti tersebut.
Dua perkara yang menjadi persoalan dalam kenyataan Si Khalid Gereja ni yang turut menjadi persoalan utama serta menjelaskan kedudukan PAS sebenarnya.
Pertama, dia mengakui bahawa PAS adalah sebuah parti 'POLITIK'. Maka dengan itu jelas bahawa pemimpin - pemimpin PAS juga adalah Ahli POLITIK sahaja semata - mata.
Mereka bukanlah pejuang - pejuang Islam yang tulen. Tetapi pejuang - pejuang Politik yang mempergunakan Islam sebagai propaganda mereka sahaja.
Yang kedua, adakah PAS sanggup untuk mengubah perlembagaan mereka yang sedia ada dan mengugurkan perjuangan Negara Islam yang termaktub didalamnya?
Tidakkah mereka sedar bahawa Perlembagaan itu merupakan wasiat yang dibuat oleh pemimpin - pemimpin PAS yang terdahulu untuk diteruskan oleh generasi hari ini?
Atau, adakah mereka akan terus mengekalkan Perlembagaan tersebut dan tetap akan melaksanakannya dikemudian hari?
Jika jawapan mereka adalah untuk mengekalkannya, maka apa yang dinyatakan oleh Karpal Whilchar semalam ternyata bertentangan. PAS masih lagi merupakan 'Musuh Ketat mereka.
Karpal dengan tegas menyatakan bahawa dia dan DAPigs akan tetap memerangi mana - mana pihak yang masih ada cita - cita untuk memperjuangkan Negara Islam.
Sekarang isunya bukan mengenai cogan kata Negara Kebajikan tu. Diorang nak pakai cogan kata apa pun, siapa yang peduli?
Persoalan utamanya ialah KENAPA BARU SEKARANG mereka nak memperjuangkan Kebajikan dan menjaga Kebajikan rakyat? Kenapa tidak sejak dari dulu lagi? Itu yang menjadi tanda tanya. Bukan soal ubah cogan kata sahaja!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.