Fuh!!! Hebat Ahli Parlimen Kuantan ni ye? Bila orang lain buat, macam - macam dia balun. Kata orang lain ganas la, kejam la.
Tapi bila puak - puak dia yang buat, apa yang dia kata? Apa yang dia buat? Dia buat tak tau je. Hanya 'simpati' je yang mampu dia nyatakan.
Sebelum ni, Nicholas Curtis, Pengurus Lynas menyatakan bahawa salah seorang daripada pekerja Syarikat tu telah diserang di rumahnya.
Puak - puak Anti Lynas ni, katanya telah melemparkan 'Molotov Cocktail' (Bom Ciptaan Sendiri) dihadapan rumah Pengurus Pembinaan Lynas, Bill Morris.
Bukan sekali, tapi DUA kali kejadian tersebut berlaku kepada Bill Morris. Malah satu tulisan yang berbunyi "Go Back To Australia Lynas" juga turut diconteng dihadapan pagar rumahnya di Kuantan pada 17 Jun 2011.
Walaubagaimana pun, Nicholas Curtis menyatakan bahawa Bill Morris tidak cedera daripada serangan tersebut. Dan perkara ini turut dipanjangkan kepada Fuziah dalam suratnya.
Tapi apa jawapan Fuziah? Apa tindakan yang telah diambil oleh Ahli Parlimen Kuantan ini setelah menyedari insiden itu berlaku? Ini jawapan dia:
"...I would like express my sincere heartfelt concern and sympathy with regards to the incident that happened to the personnel of your company..."
Itu je yang dia mampu buat? Rasa kecewa dan simpati terhadap apa yang telah dilakukan oleh puak - puak yang menjadi tulang belakang dia dalam kumpulan Anti Lynas tu?
Maknanya, dia membenarkan perbuatan tersebut berlaku ke atas Pengurus Pembinaan kilang terbabit. Adakah itu kenyataan dari seorang Ahli Parlimen yang bertanggungjawab?
Kenapa dia tak ambik tanggungjawab dan membuat laporan Polis mengenai serangan tersebut? Sepatutnya, dia perlu mencadangkan tindakan tersebut kepada Curtis.
Dan Si Fuziah ni jugak turut menyatakan bahawa tindakan itu tidak mungkin berlaku sekiranya Lynas tidak membina kilang tersebut dan membangkitkan kemarahan rakyat:
"...This shouldn’t have happened to anyone who lives in Kuantan, as we have always pride ourselves in claiming that Kuantan is peaceful and tranquillity has always been the trademark of our township..."
Masalahnya, siapa yang mula - mula memukul canang dan membangkitkan rasa takut dikalangan rakyat ni sebenarnya? Dia yang buat, dia nak salahkan orang lain pulak?
Bukan ke dia yang mula - mula menabur cerita mengenai kebocoran Loji Nuklear di Fukushima dan samakan Lynas dengan apa yang berlaku di Bukit Merah?
Padahal, kedua - dua insiden tu tidak ada kena mengena lansung dengan apa yang ada di Gebeng. Tetapi, fakta itu tak pulak dijelaskan oleh Fuziah ni.
Nampak sangat Si Fuziah 'Reaktor' ni sebenarnya hanya bermain Politik dengan mempergunakan Emosi rakyat untuk kepentingan diri dia sahaja sebenarnya.
Malah dia juga tidak dapat mengelak daripada hakikat bahawa semua yang dia buat adalah tipu muslihat semata - mata. Dia bukan ada kerja lain. Asyik menipu rakyat je kerja dia!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.