Ahad, Jun 26, 2011


Wah!!! Tak sangka ye. Puak - puak yang nak mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 betul - betul tekad nak buat 'Pembersihan'. Sampai nak berbunuh - bunuh dan sebagainya.

Dengar kata, hari ni, Si Ketua Pemuda UMNO Malaysia tu terima ugutan bunuh hanya semata - mata kerana nak turut serta dalam Perhimpunan tersebut.

SEPANG 26 Jun. - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini menerima ugutan bunuh yang dituju kepada Pemuda UMNO berhubung penyertaan mereka dalam Perhimpunan Patroit pada 9 Julai ini.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau menerima ugutan itu melalui khidmat pesanan ringkas (sms) yang dihantar pada tengah malam tadi.

“Satu laporan polis akan dibuat hari ini oleh Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid yang turut menerima sms yang sama,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini. - Utusan
Tapi, tak pasti la pulak ugutan tu datang dari siapa. Namun, walau apa pun yang berlaku pada hari tersebut akan dipertanggungjawabkan ke atas penganjur perhimpunan tersebut.

Diorang jugak yang beria - ia nak buat perhimpunan. Diorang tetap jugak berdegil untuk meneruskan niat bagi mengadakan perhimpunan tu.

Tapi, jangan pelik la. Puak - puak Bersih 2.0 tu mesti akan keluarkan kenyataan bahawa jika apa - apa berlaku, pihak mereka tidak akan bertanggungjawab.

Kononnya, diorang cuma nak mengadakan perhimpunan secara aman bagi mendesak SPR mengadakan Pilihan Raya yang lebih adil dan bersih dimasa akan datang.

Bagi diorang, Pilihan Raya sekarang ni masih lagi tak adil dan dijalankan dengan Bersih. Dan kemenangan yang dimiliki oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu pun tak bersih jugak.

Nak buat perhimpunan aman menda kejadahanya kalau dah berkumpul ramai - ramai? Nak pulak ada puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Takde ke amannya de.

Mesti huru hara punya lah. Jadi memang patut sangat la segala salah dan silap yang bakal berlaku sebelum, semasa dan selepas perhimpunan tu dipersalahkan terhadap mereka. 

Sebab diorang yang buat pasal. Dah buat hal, jangan la tak nak mengaku pulak. Jangan nak lepas tangan je. Sendiri bikin, sendiri tanggung la woi!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping