"...Hmmm...Mana Aku Nak Cari Modal Ni Ye???..." |
Wah! Lain macam Si Anak Kecil Anugay ni sekarang ye. Hari tu dia katanya jual susu. Tapi susu dia tak laku. Macam mana nak laku, dia jual susu Sapi. Padahal susu tu, lembu yang punya.
Kali ni dikhabarkan bahawa Si Nurul Izzah ni sudah kehabisan modal. Modal apa? Modal nak berniaga ke? Dia nak meniaga di mana?
Sebenarnya, Si Anak Kecil ni dah kehabisan modal nak menjaja cerita yang Kerajaan Barisan Nasional ni tak mengambil berat lansung pasal rakyat.
Terutama sekali dikawasan dia, Parlimen Lembah Pantai. Nak pulak dengan pembinaan gerai baru di Bukit Angkasa ni. Mana la dia tak jadi gila ye tak?
Kawasan perniagaan baru yang dikenali sebagai Bazaria Pantai tu adalah untuk menggantikan tapak perniagaan yang diusahakan oleh peniaga gerai tanpa berlesen.
Selama ni, diorang berniaga ditepian jalan Pantai Permai yang terdedah kepada bahaya dan menyesakkan lalu lintas. Jadi sekarang diorang boleh la berniaga dengan selamat.
Kawasan perniagaan ni katanya telah diusahakan oleh DBKL dan juga sebuah Syarikat yang dikenali sebagai Kumpulan Amona atas inisiatif Menteri Pembangunan Wilayah, Dato' Seri Raja Nong Chik.
Gerai dah siapa bina, apa lagi yang Nurul Izzah tak puas hati? Bukan ke gerai tu dibina untuk rakyat? Ada lagi ke benda yang tak kena mengenainya?
Mungkin dah jadi tabiat diorang agaknya. Semua benda pasti ada je yang tak kena dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Ada ke dia kata gerai tu 'terlalu kecik'?
Alahai. Tak de ke alasan lain yang dia boleh bagi selain dari alasan yang remeh temeh macam tu? Betul la dia tak reti nak bersyukur lansung. Kalau dah habis modal tu, cakap je la. Jangan la nak menipu rakyat!!!
Tapi ye ke kedai tu kecik, Nurul? Klik sini untuk pendedahan selanjutnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.