Itu perumpamaan yang selalu diingatkan oleh orang tua - tua sejak dari dulu lagi. Bukan apa, diorang tak nak perkara - perkara buruk berlaku nanti.
Kalau ada apa - apa berlaku macam kena sengat dek tebuan tu, jangan pulak disalahkan orang lain kerana tak bagi amaran. Jangan tuduh orang lain saja biarkan perkara buruk berlaku.
Macam tu jugak la amaran yang diberikan oleh Menteri di Kementerian Dalam Negeri ni. Dia setakat memberikan amaran je kepada rakyat agar tidak mempertikaikan kerja Polis.
Datuk Seri Hishamuddin kata, pihak Polis sentiasa melakukan siasatan, memantau dan mengambil tindakan berasaskan undang - undang sedia ada.
Polis juga katanya mempunyai pelbagai undang - undang selain Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mencegah dan menahan mereka yang didapati mengancam keselamatan Negara.
Tapi puak - puak Pakatan Haramjadah tu bukan peduli sangat pun dengan kuasa yang ada pada Polis ni. Diorang heran pun tidak.
Itu sebab la diorang suka buat kecoh semata - mata nak tengok sejauh mana pihak Polis tu ada kuasa untuk menahan mereka.
Konon diorang rasa diri diorang berada diatas undang - undang. Jadi sebab itulah diorang suka buat benda bukan - bukan ikut sedap hati diorang je.
Bila Polis ambik tindakan nanti, diorang kata la Polis kejam, Polis tak menghormati hak asasi manusia dan sebagainya.
Yang diorang bodoh sangat pegi buat hal tu apa ke Tengkoraknya? Sendiri buat, sendiri tanggung la brader. Nak sangat uji kuasa Polis. Dah merasa, Padan Muka!!!
Yang KDN pun satu hal jugak. Dah terang - terang puak - puak Pakatan Pembangkang sekarang ni tengah menghasut rakyat untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0.
Dah jelas sangat dah itu agenda diorang dalam pentas - pentas ceramah. Apsal diorang tak tahan je terus dalam ISA? Tahan je la. Apa susah?
Nak jugak buat kerja susah padahal kerja senang ada. Itu yang peliknya dengan KDN ni. Terlalu berlembut sangat dengan puak - puak Haramjadah tu buat apa? Diorang bukan ada kerja lain pun. Asyik menipu rakyat je kerjanya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.