Antara ayat yang pernah menjadi slogan kepada kempen keBERSIHan yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan tu juga boleh diguna pakai dalam kempen Anti Bersih ni.
Jadi, untuk itu, baca dulu artikel ni sebelum bertindak. Renungkan apa yang cuba hendak disampaikan. Ingat! Fikir pakai otak, jangan pakai kepala lutut!!!
KUALA LUMPUR, 8 Julai — Buat minggu kedua berturut-turut, khutbah Jumaat mengecam perhimpunan yang dirancang untuk diadakan di ibu negara esok, tetapi hari ini ia mendakwa pihak tertentu cuba meruntuhkan perpaduan dengan “mempertikaikan hak Islam dan memperalatkan Muslim.”Khutbah kebangsaan yang diperoleh dari laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, golongan itu cuba dengan pelbagai helah dan cara.“Persoalan besar timbul di sini, siapakah sebenarnya golongan yang menjadi pengkhianat pada agama, bangsa dan negara ini?“Mimbar ingin menyatakan bahawa mereka ini sebenarnya pernah menimbulkan kemarahan umat Islam. Mempertikaikan hak-hak orang Islam serta memperalatkan sebahagian daripada pemimpin yang beragama Islam yang dikaburi oleh keghairahan untuk mendapatkan kuasa,” katanya.Khutbah itu tidak menyenaraikan pemimpin-pemimpin yang dimaksudkan.Bagaimanapun sebelum laporan media menjurus kepada sebahagian kepimpinan sekretariat Bersih 2.0 dan juga Pakatan Rakyat.Khutbah hari ini yang bertemakan “Rapuh Perpaduan Runtuh Keamanan” mendakwa mereka menghasut dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci ke atas pemerintah.
Ps: Baik la buat kempen membersihkan alam sekitar daripada buat kempen yang tak de faedah. Ada jugak sumbangan kepada Negara.


serabut toi sat sana sat sini..
BalasPadamTERKINI!!:
VIDEO PERNIKAHAN TOMOK & AYU!!
91 NAMA DILARANG MASUK KL 9 JULAI!!