Hah!!! Ini apa cerita pulak ni? Ribut tak de, angin takde. Tiba - tiba je Kerajaan nak buru Hackers ni, kenapa? Ada lagi ke laman web yang kena godam?
Bagi yang tak tau, Hacker dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai 'Penggondam'. Antara lain, kerja diorang ialah memecah masuk laman web orang lain untuk mendapat maklumat.
Selain itu, kerja Hackers ni juga adalah untuk menjahanamkan sistem dalam laman web tu dengan menghantar virus - virus.
Bahayanya Hackers ni ialah apabila mereka dapat menggondam satu laman web yang bertindak memberi malumat, mereka boleh salurkan maklumat palsu kepada pengguna.
Benda yang tak ada pun boleh diada - adakan oleh Hackers ni. Ala, lebih kurang macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu jugak la.
Diorang kan pandai mencipta sesuatu yang tak de sampai boleh jadi ada hanya untuk menimbulkan kekecohan? Sama la dengan Hackers ni.
Tapi kenapa pulak pihak Kerajaan Malaysia nak cari Hackers ni? Apa tujuan mereka sebenarnya? Apa diorang nak buat dengan Hackers ni?
PUTRAJAYA 5 Julai - Kerajaan mahu mendekati penggodam siber bagi lebih memahami dan memanfaatkan kemahiran dan bakat mereka, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.
Ini termasuk menghadiri persidangan tahunan pihak tersebut, katanya. Beliau berkata, terdapat juga perkara positif dikalangan penggodam.
"Untuk tujuan ini, CyberSecurity, Majlis Keselamatan Negara, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mesti bersama mereka agar kita dapat mengetahui rangkaian penggodam yang lebih luas.
"Akhirnya kita boleh memahami siapa penggodam yang baik dan jahat. Kita juga boleh mempelajari bagaimana untuk mempertahankan diri kita (dari serangan penggodam),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai jenayah siber di sini hari ini. - BernamaSyabas Semut ucapkan kepada pihak Kerajaan kerana memandang serius terhadap puak - puak Hackers ni.
Sekurang - kurangnya diorang sedar juga dengan kepentingan dan tugas Hackers ni sebenarnya. Jadi langkah ni memang perlu sangat diambil oleh mereka.
Bukan apa, sebagai langkah berhati - hati. Mana la tau kot - kot serangan yang sama macam hari tu berulang sekali lagi, ye tak.
Maka lepas ni kita akan lebih berjaga - jaga dan bersedia untuk menghadapinya. Dapat jugak diorang memberikan manfaat kepada Negara daripada nak menjahanamkannya.
Ps: Teringat filem 'Hackers' lakonan Angelina Jolie tahun 1990an dulu. Kalau semua Hackers macam dia kan bagus? Hehehe...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.