Isnin, Julai 25, 2011


Baru la Semut faham, kenapa Kerajaan Khalid Gagap mengubah pendekatan mereka sejak akhir - akhir ini. Dulu, diorang nak 'Merakyatkan Ekonomi Selangor'. 

Tapi sekarang dah tukar. Sekarang diorang dah tak nak merakyatkan ekonomi dan menggantikannya dengan slogan 'SelangorKu' pulak.

Macam yang Semut tulis baru - baru ni. SelangorKu ni lebih kepada kepentingan Politik pihak Kerajaan Negeri sahaja, terutama untuk Menteri Besarnya.

Selangor Ku ni sebenarnya lebih kepada Selangor Aku Yang Punya, merujuk kepada Menteri Besar tu sendiri. Dia je yang dapat keuntungan, rakyat tak payah.

Kalau tidak, kenapa perlu ubah slogan? Adakah mereka sudah tak mampu nak 'Merakyatkan Ekonomi' di Selangor bagi keperluan dan kebajikan rakyat?

Ya!!! Memang itulah hakikatnya yang sebenar. Diorang dah GAGAL nak memberikan manfaat kepada rakyat Negeri secara keseluruhannya.

Jadi, tak heran la kalau Naib Presiden MCA ni membalun Kerajaan Negeri dan juga DAPigs mengenai sumbangan yang diberikan kepada rakyat Selangor. 

KUALA LUMPUR 24 Julai - MCA Selangor membidas kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang sehingga kini gagal membina rumah kos rendah di negeri itu sepanjang tiga tahun pakatan pembangkang memerintah.

Pengerusinya, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, sedangkan di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan sahaja, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membina lebih 6,000 unit rumah kos rendah sepanjang 10 tahun lalu.

"Namun dalam tempoh tiga tahun memerintah, satu rumah kos rendah pun kerajaan PKR Selangor tidak bina untuk rakyat.

"Itu pun dipercayai berpunca daripada tindakan mereka menaikkan premium tanah yang mengakibatkan harga rumah semakin mahal.

"Justeru, saya harap rakyat Selangor akan mula menyedari mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita MCA Selangor di sini hari ini.

Sementara itu, Siang Chai yang juga Naib Presiden MCA turut membidas kegagalan DAP dalam mendapatkan tapak untuk pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Selangor.
Itulah. Hari tu bangga sangat dengan mendabik dada kata dia buat itu ini untuk rakyat. Sekarang, kan dah kena batang hidung sendiri? Baru Padan Muka Kau, Setan!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Maaf ya , dalam hal ini ada kajian sedang dibuat bagi memastikan tahap kejayaan skim perumahan terdahulu. Ternyata, terdapat penipuan berleluasa. Jadi saya kira bukan soal enteng nak buat rumah kos rendah melainkan kajian lengkap tentang keperluan dan kesesuaiannya.

    Cuma saya tak pikir soal kebajikan rakyat dipraktikkan dalam jentera penggerak kerajaan. Ramai yang masih lapar dan sinting pikiran. Satu contoh, anak syarikat kerajaan nak meraikan sesuatu majlis, maka staff dikehendaki hadir, dan terlebih selalu sebahagian dari kos seperti dinner ditanggung staff. Itu tak mengambil kira kalau majlis itu diluar waktu kerja, dan tak mengambil kira kalau staff itu ada amanah tanggungjawab peribadi yang lebih wajib dipenuhkan sepertinya seorang isteri, juga staff yang menguruskan hal kekeluargaan bagi anak dan suami. Maka perjalanannya ke majlis seumpama itu dengan risiko sampai rumah larut malam, memandu seorang diri, dan tak boleh menolak kerana memberikan kesan negatif terhadap kesetiaan dan kareernya adalah kebutaan dungu yang jahil dalam ugama. Janganlah laungkan kebajikan kalau jentera belum sedia. Itu sahaja.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping