Sabtu, Julai 09, 2011


Dah habis dah. Semua Sultan dah bersuara. Yang jelas dan nyatanya semuanya turut membantah perhimpunan jalanan dan perpecahan diantara kaum.

Hari tu, DYMM Sultan Pahang dah mengeluarkan titah perintah agar jangan rakyat Pahang yang turun berhimpun pada 9 Julai.

Tuanku cuma bagi nasihat kerana khuatir akan berlaku perbalahan dan perpecahan dikalangan orang Melayu serta seluruh rakyat Malaysia.

Tak sampai 24 jam, titah baginda Sultan telah dihina dan dimaki oleh mereka yang tak bertanggungjawab dengan melabelkan Tuanku sebagai orang yang tahu Perlembagaan.

Maka, satu laporan Polis juga telah dilakukan oleh beberapa NGO dalam Negeri Pahang terhadap kebiadapan mereka yang mengeluarkan pertikaian tersebut.

Sebelum lewat malam, DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pula mengeluarkan kenyataan mengenai isu Bersih ini.

Baginda Tuanku dengan tegas menyarankan agar isu Bersih ini diselesaikan dengan kaedah rundingan dan bukan dengan cara perhimpunan Jalanan.

Pun tak sapai tengah malam, dah ada puak - puak dari kalangan Pakatan Pembangkang yang mempertikaikan mengenainya. Kata mereka YDP Agong hanya menjadi 'alat' kepada UMNO.

Baginda bertitah kononnya atas 'arahan' daripada Datuk Seri Najib. Walaupun ada dikalangan pemimpin Pakatan yang menjunjung titah tersebut, tidak ada dikalangan mereka yang mengambil tindakan terhadap kebiadapan individu terbabit.

Semalam, giliran Tuanku Sultan Selangor pula mengeluarkan titah dengan memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang menimbulkan kekecohan.

Baginda berkata, orang yang merosakkan agama dan bangsa tidak akan dibiarkan begitu sahaja.
“Di sini, beta ingin menyeru kepada rakyat Melayu di negeri Selangor ini supaya hendaklah bersatu-padu dan janganlah berbalah-balahan antara satu sama lain disebabkan oleh ideologi politik yang berlainan. “Kita orang Melayu bersatu dengan satu agama, iaitu agama Islam,” titah baginda ketika merasmikan Masjid As-Salam, Bukit Sentosa
Jadi kita tengok. Ada tak dikalangan mangkuk ayun dari puak - puak Pakatan Pembangkang tu yang akan tetap ingkar dengan titah baginda Sultan Selangor ni pulak.

Tapi rasanya, mesti ada. Cuma diorang tak keluarkan kenyataan dalam media je. Ye la, semua dah takut kena saman.

Walau apa pun, kita dapat lihat bahawa puak - puak Bersih ni tetap enggan mengikut titah perintah YDP Agong sebelum ini.

Diorang masih jugak berdegil untuk meneruskan perhimpunan walaupun YDP Agong kata ianya perlu diselesaikan dengan cara rundingan.

Tapi ye la. Kalau dah bercakap dengan tembok, susah la. Cakap la apa pun, puak - puak Pakatan ni bukan nak ikut pun. Diorang buat kerja bukan pakai otak. Semua pakai kepala lutut!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. http://kedaibajuborong.blogspot.com/
    dia atas blog saya
    saya dah letak blog awak di blog saya sebagai blog sahabat,,kalau sudi tempatkan lah blog saya kat sini,

    BalasPadam
  2. Kalau mereka menentang titah sultan tu , alamat mereka akan mendapat bala lah . Jangan dibenarkan mereka memijak tanah tumpah dibawah pentabiran sultan berkenaan lagi , kalau pijak , biar mereka merana sepanjang hidup ..Daulat Tuanku ...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping