Ahad, Julai 24, 2011

Hehehe...Kesian, kesian. Semut betul - betul simpati dengan Si Mat Sabun ni. Dia dah terang - terang kantoi menipu, tapi masih jugak nak tegakkan benang yang basah.

Tindakan dia tu bukan la satu tindakan yang cerdik sebenarnya. Ia membuktikan bahawa Si Mat Sabun ni memang menipu pun.

Kalau tidak, kenapa dia beria - ia benar nak buat penafian mengenai perkara tersebut? Kenapa dia perlu mengeluarkan kenyataan kata dia tak menipu?

Semut dah banyak kali kata. Kalau setakat cakap je, tak guna. Bagi bukti, baru orang boleh percaya. Kalau setakat bergantung kepada persepsi, sapa yang nak percaya cakap dia?

Apa yang Mat Sabun tu buat sekarang ni bukan hanya mengukuhkan lagi bukti yang mengatakan bahawa dia menipu sahaja. 

Tapi banyak lagi persoalan - persoalan lain yang timbul berikutan tindakan dia yang bodoh bangang tu. Sebelum ni dia jugak yang kata dia dilanggar oleh Land Rover.

Malah dalam blog Milo Sotong pun turut mengakui perkara ini. Blogger yang Pro Pembangkang tu pun sudah mula mencurigai alasan Si Mat Sabun ni.

Sebab apa dia curiga? Sebab ada laporan dari Malaysiakini yang mengatakan bahawa Mat Sabun dilanggar dengan Land Rover. 

Dan, menurut kata blogger tersebut, sumber dalam Malaysiakini tu adalah sumber lisan yang diluahkan dan didengar sendiri dari mulut Si Mat Sabun ni.

Adakah Mat Sabun ni menipu? Siapa yang ditipunya? Malaysiakini? Atau mereka yang hadir sewaktu Sidang media tersebut? Atau seluruh rakyat Malaysia secara umumnya?

Kalau Malaysiakini tu menipu dalam laporannya, kenapa Mat Sabun tak nak ambik tindakan? Samanla Malaysiakini ni. Kenapa dia tak nak saman?

Itu satu persoalan yang dibangkitkan. Persoalan yang seterusnya ialah, dia kata dia mengalami kecederaan sewaktu membonceng motorsikal tersebut pada hari kejadian.

Dalam video yang didedahkan oleh pihak PDRM pun menunjukkan bahawa Mat Sabun ni menjadi penumpang motorsikal tersebut.

Yang peliknya, kalau dia mengalami kecederaan, macam mana pulak dengan budak yang bawak motorsikal tu? Di mana budak tu sekarang?

Kenapa tak de pun laporan mengenai dua orang budak tu didedahkan sampai hari ni? Mana pergi budak tu? Hospital mana diorang duduk?

Persoalan ini yang sepatutnya dijawab oleh Si Mat Sabun tu. Bukan suruh dia salahkan Polis itu dan ini. Dia kena buktikan bahawa dia tak menipu. Bukan terus menerus menipu rakyat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Aku tak tahan tengok gambar yg kau bagi kat sini SEMUT HITAM ... Anatara Mat Sabun yang dah tiga suku .. dgn P.Ramlee. Rupa dari dulu lagi P.Ramlee dah tahu akan ada org bernama Mat Sabu akan ikut auta P.Ramlee ... kah!kah!kah! .. Naik senak perut aku ketawa ..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping