Kesunyian dalam ketegangan pada ketika ini akhirnya berjaya dipecahkan oleh laporan daripada blog Husin Lempoyang ini. Ikut laporannya:
Siaran Langsung bersama Aswad Astro Awani
Anchor: Baiklah Tuan-tuan Puan-puan, kita pergi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman bersama Aswad untuk tinjuan terkini.
Aswad ... bagaimana keadaan di Jalan Tunku Abdul Rahman
Aswad: Keadaan Jalan Tunku Abdul Rahman begitu lengang. Hanya satu kedai makan India Muslim yang buka.
Tiada orang nampaknya masuk ke dalam pusat Bandar ini melainkan ... ah pasangan yang sedang lalu sebelah saya ini. Biar kita cuba tanya pasangan ini ...
Abang, kakak … hari ini rasa lengang tak Kuala Lumpur?
Pasangan: Kami rasa macam biasa aje.
Aswad: Bandar sekarang begitu lengang. Orang tak ada. Tak gankil ke? Sedar tak orang tak berjalan-jalan di bandar?
Pasangan: Eh ... entahlah, kami ni main muzik depan Globe. Semua macam biasa aje....
Sekali pasangan tu pasangan buta da. Memang la tak nampak KL lenggang. Hehehe...


0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.