PKR = Parti Kencing Rakyat |
Ya!!! Berita ini memang sah. Tak perlu lagi mereka sangkal kerana ianya memang sudah nyata. PKR adalah sebuah Parti Kencing Rakyat.
Kalau tak, kenapa diorang perlu gugurkan beberapa orang calon yang bertanding sebelum ini? Perkara ini telah dijelaskan oleh Ketua Penerangan PKR Pahang.
PETALING JAYA: Pembahagian kerusi di kalangan parti Pakatan Rakyat di Pahang untuk pilihan raya umum ke 13 akan selesai bulan depan.PKR, PAS dan DAP, katanya setuju mengekalkan status 2008, kata Ketua Penerangan PKR negeri, Razali Alias.“Rundingan masih berjalan dan dijangka selesai sepenuhnya sebelum raya puasa ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.Pada pilihan raya umum lepas, PKR bertanding lapan kerusi Parlimen dan menang dua iaitu Bandar Kuantan dan Indera Mahkota.Razali menjelaskan, PKR belum memilih senarai calon tetapi mempunyai calon untuk semua kerusi yang ditandingi parti itu.“Beberapa calon hang bertanding dalam pilihan raya umum lalu akan digugurkan dan diganti dengan muka baru yang lebih berwibawa.
Persoalannya, adakah Azan Ismail akan terus kekal menjadi calon dikerusi Indera Mahkota sedangkan sekarang dia masih 'berlaga angin' dengan Pengerusi Negeri?
Pada ketika ini juga, Si Azan tu katanya dah jadi Pengerusi PKR Terengganu. Jadi siapa pulak yang akan ganti tempat dia?
Isu kemelut ahli PKR yang keluar parti seramai 300 orang dan seterusnya melumpuhkan PKR kawasan tersebut pun masih lagi tak dapat dijelaskan oleh mereka sampai hari ini.
Reputasi Si Fuziah 'Reaktor' pula sudah terjejas kerana ada laporan yang mengatakan bahawa dia jelas menipu rakyat di sekitar kawasan Kuantan dengan isu Lynasnya.
Malah ada dikalangan ahli PKR sendiri yang mengakui bahawa mereka telah membenarkan anak - anak mereka untuk mencari kerja di kilang tersebut.
Sehingga kini, puak - puak Anti Lynas tu masih belum mampu menjawab dan menjelaskan mengenai 'keuntungan peribadi' yang diperolehi oleh 'individu tertentu'.
Dua kerusi yang diorang dapat tu pun tak terjaga. Ada hati nak rebut sampai lapan. Nyanyuk agaknya Ketua Penerangan PKR Negeri ni.
Sudah - sudah la jadi Mat Jenin ni. Buat mengabihkan masa je. Rakyat dah sedar dan rakyat dah nampak dengan jelas. Diorang ni bukan reti buat kerja. Menyusahkan orang je yang diorang tau. Lepas tu menipu rakyat. Bukan tau buat kerja lain pun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.