Wah!!! Ini dah kira kes naya ni. Dah jadi macam melepaskan anjing yang tersepit. Elok - elok orang kesian kat dia, dia nak gigit balik nampak gayanya.
Tapi sebelum baca kisah ni selanjutnya, Semut pelik jugak. Apa la bodoh bebenar orang Melayu ni masuk join DAPigs ni ye?
Apa yang membuatkan diorang ambik tindakan sedemikian rupa? Apa, dah tak de parti lain ke yang dia nak masuk?
Bersepah - sepah lagi parti lain yang memperjuangkan Melayu. Tapi kenapa dia pilih nak masuk DAPigs? Kenapa dia tak masuk PAS atau UMNO?
Kalau nak kata DAPigs ni memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam, mustahil. Padahal diorang la yang paling kuat menentang. Tapi takkan dia tak sedar benda ni?
Walau apa pun, ada jugak la dikalangan mereka yangdah sedar mengenai perkara ini. Dan apa yang dia nak buat ni memang dialu - alu kan.
Hari tu, DAPigs nak saman dia. KONONnya, diorang kata, dia saja reka - reka cerita untuk merosakkan hubungan diantara kaum.
Tapi bila disiasat, akhirnya, DAPigs tu yang didapati bersalah kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh. Sekarang terima la padahnya.
Sudah pasti, rakyat Malaysia secara keseluruhannya akan menunggu apa dia yang akan didedahkan oleh Si Razali nanti. Kebenaran seperti ini yang kita mahukan!!!
PULAU PINANG 19 Julai - Selepas dipecat daripada parti, Mohamed Razali Abdul Rahman berhasrat mendedahkan mengenai perancangan DAP yang dianggap menindas serta menganiaya rakyat khususnya orang Melayu.
Menurutnya, sebagai individu yang tidak lagi terikat dengan mana-mana pihak, beliau bebas untuk memberi kesedaran tentang perjuangan sebenar DAP yang selama ini tidak disedari oleh rakyat.
Mohamed Razali berkata, beliau bercadang mengadakan sesi penerangan secara terbuka di lokasi-lokasi yang dianggap sesuai.
“Buat masa sekarang saya akan bergerak secara bebas untuk memberi penerangan kepada umum khususnya orang Melayu tentang apa yang dilakukan oleh DAP selama ini.
“Pada masa sama saya tidak keberatan kalau ada jemputan daripada mana-mana penganjur,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.