Hehehe... Apa la nasib puak - puak Pakatan Pembangkang sejak akhir - akhir ni ye. Semakin diorang pusing cerita, semakin banyak pulak cerita lain yang timbul.
Yang paling hangat, cerita mengenai putar belit Si Mat Sabun dengan isu pelanggaran Land Rover Polis yang didedahkan oleh pihak Polis lewat malam kelmarin.
Dan lewat petang semalam, Si Mat Sabun tu tiba - tiba ubah cerita yang kononnya dia kata Polis berbohong dan membuat fitnah terhadap dia.
Kata Si Mat Sabun ni, dia tak pernah cakap pun yang dia dilanggar Land Rover. Tapi dia kata dia dilanggar oleh kereta Polis.
Jadi, Si Mat Sabun ni pun nak ambik tindakan saman terhadap pihak PDRM kerana membuat kenyataan yang sedemikian rupa.
Yang herannya, kenapa Mat Sabun hanya nak ambik tindakan terhadap PDRM sahaja? Kenapa dia tak nak ambik tindakan terhadap Malaysiakini? Klik sini untuk kisah selanjutnya.
Pasal Si Fuziah 'Reaktor' ni pulak, lain sikit ceritanya. Kononnya puak - puak Penyokong dia didalam kumpulan Anti-Lynas tu ada hajat nak cabar MB Pahang berdebat.
Bagi Semut, itu hanya satu taktik bodoh yang terpaksa digunakan oleh mereka demi untuk meneruskan perjuangan yang dah hilang hala tuju tu.
Diorang buat cabaran tu bukan sebab apa. Sebab diorang nak tutup cerita mengenai kepentingan peribadi yang diperolehi oleh salah seorang pemimpin kumpulan tersebut.
Sebelum ni, kita dah didedahkan dengan perihal seorang pemimpin yang mendapat keuntungan sekiranya kilang tersebut tidak dibina di Gebeng.
Satu lagi pendedahan yang Semut terima semalam ialah mengenai Pegawai Perubatan yang dijadikan panel kesihatan kepada kilang tu pulak.
Dengar kata, Doktor yang diberikan tugas oleh pihak kilang tersebut merupakan ahli PAS dari kawasan berhampiran.
Klinik milik Doktor PAS ni dikatakan bakal mendapat pendapatan yang lumayan apabila kilang tersebut siap dibina dan bakal beroperasi kelak.
Adakah berita ini benar? Itu puak - puak Anti-Lynas tu yang perlu jelaskan kepada rakyat. Biar mereka yang dedahkan mengenai kesahihan isu tersebut.
Jika ianya benar, jadi tak payah la Si Fuziah tu menyalak - nyalak dalam laman Twitter mengenai kekurangan hasil laporan IAEA berkenaan dengan tahap kesihatan.
Mungkin, ada pihak lain yang ingin nak jadi panel Kesihatan kepada kilang tersebut. Tapi tak berjaya. Maka sebab itu la diorang tetap nak teruskan perjuangan tersebut walaupun macam orang hilang akal!!!
sayang tol ko kat fuziah yek kekekeke
BalasPadam