Perarakan sudah bermula. Katanya ada 1000 orang dah mula bergerak dari kawasan Masjid Jamek menghala ke Stadium Merdeka pada ketika ini.
KUALA LUMPUR 9 Julai – Pemimpin-pemimpin parti pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dipercayai berada di Hotel KL Hilton di sini dan merancang untuk mengadakan perarakan dari KL Sentral ke Istana Negara bersama penyokong mereka, pukul 2 petang ini.
Sementara itu, kira-kira 1,000 orang berkumpul di pusat beli-belah Kotaraya dan berarak ke Stadium Merdeka.
Mereka dari arah Pasar Seni dan melalui Jalan Petaling. Keadaan masih terkawal.
Mereka kemudiannya berpecah kepada dua kumpulan.
Satu kumpulan menuju ke Stadium Merdeka manakala satu lagi masih berkumpul di Kotaraya dan berarak di jalan raya sambil melaungkan "Barisan Nasional Berundur". – Utusan
Tapi, sampai ketika laporan ini ditulis, Si Ambiga dan Anwar tu masih jugak tidak kelihatan. Katanya mereka masih bersembunyi di dalam bilik Hotel.
Apa kejadahnya diorang tak turun lagi? Nak tunggu helicopter ambik diorang ke? Berita selanjutnya akan menyusul.


1st round xabi lagi....belum ejakulasi....heehehe...
BalasPadam