Laporan terkini mengenai perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur. Setakat ini seramai 441 orang jumlah keseluruhan yang ditahan Polis sejak malam tadi.
Baca elok - elok. 441 orang jumlah keseluruhan dari malam tadi. Bukan yang dibuat hari ini sahaja ye. Jangan salah faham pulak.
Turut dilaporkan, pada ketika ini, puak - puak penyokong Bersih sudah mula berarak ke Stadium Merdeka dari Pusat Bandar Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Setakat 11 pagi, pihak polis menahan seramai 102 orang di kawasan sekitar Kampung Baru kerana disyaki terlibat dalam kumpulan yang menyertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).Kesemua mereka ditahan kerana didapati memiliki kemeja-T warna kuning dan berlogo Bersih hasil pemeriksaan polis.Tangkapan yang bermula sejak pukul 8 pagi itu melibatkan tiga operasi di Jalan Raja Abdullah, Jalann Raja Muda Musa dan Lorong Hasan Salleh.Operasi pertama melibatkan seramai 28 orang pada pukul 8.30 pagi, manakala operasi kedua (8.50 pagi hingga 9 pagi) dan ketiga (11 pagi) masing-masing 37 orang.Mereka yang ditahan dihantar ke Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak.
Lagi berita terkini akan menyusul.


arrayah.info - Demonstrasi Khilafah 2.0 berjaya bukan Bersih 2.0
BalasPadam