Rabu, Julai 27, 2011


Ya!!! Sempat juga Semut menghadiri satu lagi sesi berdialog yang dianjurkan oleh Exco Kerajaan Negeri Pahang hari ini.

Seperti mana yang biasa dilakukan, YAB Menteri Besar serta gerombolan Exco - Exconya hari ini menziarah ke Daerah Jerantut bagi sesi Pemimpin bersama rakyat.

Bukan sekali ni je dia buat sesi seumpama ini. Sebelum ni, Semut dah cerita pasal dia turun ke Raub. Minggu lepas katanya ke Lipis.

Setiap wakil dikalangan masyarakat diberikan peluang untuk menyuarakan apa sahaja pandangan mereka dan ianya akan dijawab oleh YAB Menteri Besar sendiri.

Kalau ada isu yang berkaitan dengan Exco atau ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang berkenaan, maka isu itu akan dijelaskan oleh mereka.

Maka, disebabkan nak 'try-test' sejauh mana ketelusan MB Pahang ni menjawab soalan, bangun la seorang lelaki berbaju putih membawa bersama lelaki tua.


Kata lelaki itu, dia bawak bekas ahli jawatankuasa Parti Gerakan yang memohon MB untuk menyelesaikan tuntutan yang dibuat oleh lelaki tua tersebut.


Tuntutan itu adalah mengenai pampasan kewangan. Maka berjela - jela la lelaki berbaju putih tu memberikan penjelasan. 

Tiba - tiba MB jadi berang dan terus menjelaskan bahawa isu itu dah selesai. Malah Bendahari Kerajaan Negeri juga turut mengakui pihaknya sedang menguruskan cek tersebut.

MB Pahang ni berang bukan sebab apa. Sebab lelaki baju putih tu cuba nak menipu dia dengan menggunakan nama Parti Gerakan.

Padahal, lelaki berbaju putih tu merupakan AJK DAPigs Pahang. Korang kalau ingat, nama lelaki berbaju putih tu ialah Hussien Chou Abdullah. Semut pernah ambik gambar dia dulu.


Bila MB Pahang kata, Kerajaan Barisan Nasional lebih telus dalam menyelesaikan masalah rakyat jika nak dibandingkan dengan DAPigs, terus Si Hussien tu terduduk.

Dah panas punggung agaknya, dia cuba nak angkat kaki tapi ditahan oleh MB Pahang. Tapi lepas tu dia lari jugak masa Majlis bersurai.

Nampak sangat la penakutnya puak - puak DAPigs ni. Nak main hentam kromo ikut suka hati dia je. Ingat MB Pahang tak kenal siapa dia agak nya. Kan tak pasal - pasal je dah songeh!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Tabik pada MB, hati hatilah mereka sekarang suka menyamar, inilah taktik PR Haprak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping