Ahad, Ogos 28, 2011


Hehehe... Memang itu je taraf akhbar 'hairan' Selangorkini yang dibentuk oleh Kerajaan PKR Selangor ni. Isi kandungan pun entah apa - apa.

Tu pun nasib naik la diorang letak surat khabar tu atas gril dan tak dihumban terus ke dalam longkang. Kira nasib baik je dia basah dan tak dibakar dek orang Kajang.

Yang paling menarik sekali ialah orang luar pulak yang pelik bila tengok surat khabar 'hairan' tu tidak dihiraukan lansung oleh kariah Masjid berkenaan.

ReJaM© benar-benar terkejut melihat selonggok akhbar Selangor Kini dibuang di longkang masjid tersebut berdekatan dengan sebuah paip air tempat mengambil air sembahyang dan boleh dilihat dengan jelas oleh jemaah yang hadir.
Kononnya,  Si Milo Sotong ni membuat dakwaan bahawa tindakan tersebut adalah satu tindakan khianat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Uik!!! Si Milo Sotong ni nak salahkan pihak Masjid nampak gayanya keran dah tentu la orang Masjid tu yang buat. Kalau tidak, siapa lagi?

Takkan ada orang luar pulak yang nak buat kerja tu? Jadi, dia nak salahkan orang Masjid tu ke sebagai tidak bertanggungjawab?

Fuh!!! Kalau kena surat khabar diorang, kata perbuatan tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Kalau diorang hina Utusan, kira bertanggungjawab sangat la ye?

Diorang tak sedar yang rakyat dah meluat tengok surat khabar 'hairan' terbitan Kerajaan PKR Selangor tu sebenarnya.

Tiap kali nampak surat khabar tu, terbayang depan mata berapa juta duit rakyat dah hangus dan pihak tertentu je yang dapat mengaut keuntungan.

Kalau tak percaya, pergi siasat. Tengok berapa banyak kilang pencetakkan dapat daripada menghasilkan akhbar tersebut dan siapa Tuan punya syarikat tersebut kalau bukan kroni - kroni diorang jugak. Negeri Berkebajikan konon. Ceit!!! Pigidah!!!

Ps: Entah - entah, dia sendiri yang buat kot? Mana tau. Baling batu sampai pecah cermin kereta sendiri pun diorang berani buat, inikan pulak sekadar nak basahkan surat khabar.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Org Masjid Kajang tu pun ramai org PAS...
    Mungkin diorang dah insaf kot...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping