Rasanya, sebelum ni semua orang dah tahu yang Si Ketua Penipu ni memang jenis manusia yang kalau diberi betis dia nak peha.
Mungkin sebab itu la dia dah 'balun' depan, dia 'balun' belakang sekali. Lepas tu dia 'balun' depan balik. Maklum la, manusia yang tak puas kan?
Seperti mana yang kita tahu jugak esok adalah hari pembelaan diri bagi Si Ketua Penipu ni dalam kes liwat dia terhadap Mohd Saifu.
Nak tak nak, dia kena buat pembelaan. Tak kira la sama ada pihak pembelaan dapat temubual semua saksi yang dipanggil atau tidak. 'No more excuse'. Itu keputusan Hakim.
Jadi Si Ketua Penipu ni ada tiga sahaja pilihan untuk berhadapan dengan sesi pembelaan tersebut seperti mana yang dinyatakan dibawah.
Esok kes liwat Anwar Ibrahim akan berjalan yang mana esok merupakan hari yang akan memberikan banyak makna kepada Rakyat Malaysia mengenai apa yang akan dijawap oleh Anwar Ibrahim dalam membela pertuduhan yang dihadapi beliau.
Anwar Ibrahim akan masuk ke dalam kandang tertuduh dan akan berhadapan dengan Hakim dan yang paling digeruni Anwar Ibrahim iaitu Pendakwaraya dalam kes Liwat ini.
Anwar Ibrahim mempunyai 3 pilihan pada hari Isnin ini dalam Pertuduhan Liwat yang dihadapi beliau yang mana:
1) Memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi (Mempunyai kredibiliti, disoal balas DPP)
2) Memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang bersalah (tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tidak akan disoal balas DPP)
3)Berdiam diri ( terus jatuh hukuman)
Jangan dia bagi alasan yang bukan - bukan dalam sesi pembelaan esok sudah la. Dah tiba masanya untuk dia pulak bagi kenyataan bersumpah.
Kalau sebelum ni, orang suruh bersumpah, dia tak nak. Jadi kita tengok, apa lagi helah dia selepas ini. Jangan sampai termakan sumpah sendiri sudah la weh!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.