Ni satu persoalan yang timbul ekoran penyiaran artikel yang Semut buat awal pagi semalam. Mungkin ada yang tak sempat baca sebab ada teguran yang dibuat.
Kata sumber yang Semut terima, tindakan untuk menahan passport Antarabangsa Si Ketua Penipu itu bukan dalam bidang kuasa Menteri KDN.
Sebaliknya ia adalah tanggungjawab pihak Peguam Negara untuk mengambil tindakan tersebut. Maka, sebab itu timbulnya persoalan ini pulak.
Adakah Si Ketua Penipu itu mempunyai hubungan istimewa dengan Peguam Negara? Kenapa sampai hari ini, dia masih dibiarkan untuk bermaharajalela di Negara - Negara luar?
Kalau dia keluar Negara untuk membantu membangunkan Negara tak pe la jugak. Ini tidak. Menjahanamkan lagi nama baik serta imej Negara ada la.
Takkan perkara seumpama ini pun diorang masih tak nampak? Takkan diorang tak sedar kesan buruk tindakan Si Ketua Penipu tu terhadap Negara?
Apa alasan Peguam Negara ada untuk menahan pasport Anugay tu? Mungkin itu soalan yang akan ditanya oleh mereka yang tak faham mengenai isu ni.
Peguam Negara boleh tahan pasport dia sebab dia ada kes Prima Facie di Mahkamah yang memerlukan dia hadir bagi membela diri.
Alasan itu sahaja dah cukup untuk membolehkan tindakan tersebut diambil. Bukan setakat nak halang dia daripada memburuk - burukkan Negara je.
Tapi dikhuatiri Si Ketua Penipu tu akan mengikut jejak langkah Si Tikus Raja Petra dimana sampai hari ni, dia enggan hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan.
Jadi, saranan Semut, buat kerja tu biar la bijak sikit. Buat kerja pakai otak. Jangan pakai Kepala Lutut!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.