Semut tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Wali terompah ni awal pagi tadi. Cuma tak berkesempatan untuk memberikan pandangan.
Isu mengenai doa untuk menjatuhkan Barisan Nasional ni bukan kali pertama kita dengar mengenainya. Barisan Nasional tak pernah pulak buat pun perkara sedemikian selama ini.
PAS Kelantan mengadakan munajat pilihan raya di Kota Baru awal pagi tadi dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hanya doa merupakan “senjata akhir” bagi orang Islam berdepan dengan kegentingan menghadapi pilihan raya umum ketika pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor kekal kuasa.
Program itu diadakan ketika akhir Ramadan, di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa selepas sambutan Aidilfitri yang jatuh minggu depan.Berucap ringkas, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS memberitahu, Kelantan terus menegakkan Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini sejak akhir 1990.“Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa,” kata Menteri Besar Kelantan
Tak salah kalau PAS nak berdoa walau apa pun. Seperti mana kata Alim Ulama, berdoalah apa sahaja, nescaya Allah akan mendengarnya kerana Allah Maha Pendengar.
Tapi kita kena ingat. Jika baik yang kita doakan, maka baiklah balasan dari Allah. Sebaliknya, jika buruk yang kita doakan, jangan salahkan sesiapa jika ianya menimpa diri kita sendiri.
Semasa dalam Pilihan Raya Kecil Tenang tempoh hari, perkara yang sama pernah diucapkan oleh Si Wali Terompah ni ketika berucap dihadapan penyokong kuat mereka.
Dia siap buat munajat agar Allah memberikan kemenangan kepada pihak yang benar. Dan benarlah, Allah meredhai kemenangan BN di Tenang dan memberi ujian kepada mereka.
Apa yang peliknya, tatkala Semut berbicara dengan beberapa orang rakan yang boleh tahan jugak ilmu agamanya menyatakan, kenapa PAS nak mendoakan agar Kerajaan tumbang?
Kenapa mereka tidak doakan agar mereka terbuka hati untuk membuat penambah-baikan serta lebih mengutamakan syiar Islam?
Tidakkah ianya lebih baik dari mendoakan keburukkan kepada orang lain seperti yang dianjurkan oleh PAS?
Malah kata mereka, PAS pernah bersolat hajat mohon pecah perut terhadap PM sebelum ini. Adakah ini cara Islam yang PAS nak bawak?
Tambah menghairankan ialah mereka buat munajat untuk Pilihan Raya yang ternyata bermotifkan Politik semata - mata dan bukan kerana Islam.
Kenapa tidak dibuat munajat agar syiar Islam berkembang pesat dan umat Islam sentiasa dilindungi Allah S.W.T daripada diserang oleh musuh - musuh Islam?
Jadi, banyakkan la berfikir sebelum kita nak buat sesuatu perkara atau menyokong mana - mana pihak. Dan berfikir la menggunakan kepala otak, jangan pakai kepala lutut!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.