Tahniah Semut ucapkan kepada Datuk Dr. Hassan Ali kerana berani mengambil tindakan walaupun sebelum ini dia dikecam dan ditentang hebat oleh puak - puak DAPigs.
Tak heran kalau ada dikalangan pemimpin DAPigs yang bakal mengamuk dengan tindakan terbaru yang dilaksanakan oleh Datuk Dr. Hassan Ali ni nanti.
Nak pulak orang macam Teresa Kok tu. Dah tentu dia akan mempertahankan dan memenangkan tindakan yang dibuat oleh pihak gereja tersebut.
Sedangkan hari tu pun, tanpa bukti yang sah dia buat tuduhan yang bukan - bukan terhadap Perdana Menteri. Inikan pulak serangan Dr. Hassan Ali ke atas sebuah Gereja.
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, malam semalam kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam, kata ahli exco hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali.
Menurut beliau, berdasarkan maklumat bahawa terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan, Jais menghatar anggota penguatkuasaannya bersama polis bagi menjalankan siasatan.
“Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat.
“Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata Dr Hasan dalam satu kenyataan media.
Menurut beliau, anggota penguatkuasaan Jais bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.
“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” katanya.
Beliau berkata pada majlis itu, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapanya ada diselitkan perkataan “Quran” dan “pray”.
“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.
“Pegawai penguakuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.
Menurut Dr Hasan berdasarkan siasatan awal, 12 penganut Islam yang terbabit dengan majlis itu akan disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.
Ps: Pandai jugak Dr. Hassan Ali pilih masa untuk bertindak. Kebetulan pulak Si Khalid gereja tu tak de dalam Malaysia.
Kalau dia ada, dah tentu dia akan jadi orang pertama yang membantah tindakan Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Selangor ni.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.