Macam biasa, sebelum sahur ni kita layan cerita yang tak de kena mengena lansung dengan Politik. Kalau asyik nak berpolitik je 24jam, apa pun tak jadi.
Satu senario yang biasa berlaku di Malaysia ni ialah artisnya suka jual album ke Negara Indonesia. Itu je la Negara luar yang selalu beli album Malaysia ni kot.
Itu yang Semut pelik sikit. Di Malaysia ni, kita beria - ia la buat lagu ikut 'genre' yang diorang buat. Lepas tu kita jual balik kat Negara diorang.
Serupa macam kita buat baju Melayu, jual kat baju Melayu la. Lagi pun, siapa lagi yang nak beli ye tak? Jarang la orang lain nak beli baju Melayu ni.
Melainkan kalau ada sebab tertentu. Kalau tak de, payah la kita nak jumpa orang bangsa lain beli dan pakai baju Melayu ni.
Apa pun, kita ucapkan tahniah kepada penyanyi Malaysia yang berani nak mencuba nasib di Negara orang. Sekurang - kurangnya, diorang tolong 'promote' Negara sendiri.
Bukan macam Si Ketua Penipu tu. Pergi Negara orang bukan atas alasan nak mempromosikan Negara. Nak menjahanamkan lagi ada la.
Tapi, kalau dah perangai tu memang semula jadi macam musibat, payah la nak tukar. Kalau dah perangai macam bangsat tu, bangsat la jugak!!!
PETALING JAYA: Penyanyi Atilia bakal melancarkan album “Indah” di Jakarta Indonesia selepas Hari Raya Aidilfitri ini.Menurutnya, dia sudah menandatangani kontrak dengan syarikat Demajors di Jakarta yang akan mengedarkan album di negara itu."Saya tertarik dengan tawaran untuk mengedarkan album ini di Indonesia kerana saya memang ingin memasuki pasaran negara itu."Saya akui, lagu-lagu saya kurang diterima oleh kebanyakan pendengar muzik di negara ini dan pendengar di sana lebih menyukai muzik jazz selain penduduk Indonesia sangat ramai," kata Atilia ketika dihubungi mStar Online, Rabu.Jelasnya, selain melancarkan album, dia juga mempunyai perancangan untuk mengadakan konsert mini di samping kumpulan Sore dari negara itu."Saya mempunyai lagu duet dengan kumpulan muzik Sore berjudul “Silly Little Sing”dan sekarang ini kami sedang mencari masa yang sesuai untuk meneruskan projek ini."Saya juga mendapat tahu lagu tersebut serta sebuah lagi lagu berjudul “Harus Bagaimana” mendapat sambutan yang baik di sana," katanya yang bakal tampil dengan album yang dihasilkan semula dengan tambahan klip video.Album “Indah” yang akan dipasarkan di Indonesia itu memuatkan 10 buah lagu termasuk tiga klip video termasuk lagu “Indah” dan “Silly Little Sing”.Atilia yakin album tersebut bakal mendapat sambutan di negara itu memandangkan Ratu Jazz Negara iaitu Datuk Sheila Majid pernah memasuki pasaran Indonesia dan diterima ramai peminat.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.