Makin sakit nampak gayanya Si Fuziah 'Reaktor' ni. Lepas satu persatu malang menimpa ke atas dia. Semuanya sebab gara - gara dia suka menipu rakyat punya pasal.
Rabu lalu, pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen PAS Hulu Langat telah menyatakan bahawa Si Fuziah ni sengaja memutar belitkan fakta mengenai isu pembinaan kilang Lynas.
Kata Dr. Che Rosli yang juga ahli saintis dalam bidang Nuklear, Si Fuziah tu sengaja melakukan perkara tersebut untuk menakut - nakutkan rakyat.
Malah, kata Dr. Che Rosli juga, tujuan Si Fuziah itu adalah disebabkan kepentingan Politik dia sahaja semata - mata dengan memburuk - burukkan pihak Kerajaan.
Walau pun Si Fuziah ni telah menafikannya, namun hakikat tersebut masih lagi tidak dapat diterima rakyat kerana dakwaan yang dibuat Fuziah bukan berlandaskan fakta.
Dia jelas hanya bermain - main dengan emosi dan juga ingin mencetuskan huru hara di sekitar kawasan Kuantan dan seluruh Negara.
Agendanya, seperti yang kita ketahui, adalah untuk menjejaskan kredibiliti Negara di mata dunia. Sama la dengan peranan Perhimpunan Bersih yang diadakan baru - baru ni.
Dah tak pasal - pasal je ada pihak yang telah memfailkan laporan Polis mengenai pembohongan yang dilakukan oleh Si Fuziah ni. Baru Padan Dengan Muka Dia!!!
Tapi nak pelik apa. Kalau dah namanya Ahli Parlimen PKR, bukan dia reti buat kerja. Buat karuk reti la dia. Maklum la, bekas penuntut Universiti Al - Juburi la katakan.
Maka sebab itu la dia tak de kerja lain. Asyik menipu je kerja dia. Sama la macam Si Ketua Penipu tu. Kerja apa sangat la dia tau buat!!!
KUANTAN 26 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota membuat laporan polis berhubung tindakan Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh membuat tohmahan berterusan berhubung pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oleh Syarikat Lynas Corporation Ltd. di Gebeng.Laporan dibuat Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota Suhaimi Sulong di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini pada kira-kira 4 petang hari ini.Suhaimi berkata, Fuziah dilihat masih membuat tohmahan berhubung pembinaan kilang itu dalam beberapa siri ceramahnya di sekitar bandar ini."Tindakan beliau perlu dihentikan kerana ia boleh mencetuskan suasana tidak tenteram kepada penduduk Kuantan. Tindakan Anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat itu telah menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk di daerah ini mengenai tahap keselamatan mereka berdasarkan fakta yang tidak benar,” katanya ketika ditemui pemberita di sini. - Bernama
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.