Aganya, itu la yang nak dibuat oleh Ketua Penerangan PAS yang baru ni. Dia sebenarnya nak perli Si Ketua Penipu tu. Jadi, dia ambik la kesempatan seperti ini.
Kononnya, kata Pak Berahim, Ketidak ikhlasan BN dalam isu mereformasikan Pilihan Raya hanya menyemarakkan lagi semangat untuk mengadakan Bersih 3.0.
Demikian dinyatakan oleh Pak Berahim apabila dia diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri bahawa PRU boleh diadakan pada bila - bila masa.
Datuk Seri Najib sebelum ini menyatakan bahawa PRU boleh diadakan pada bil - bila masa dan tidak tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.
Yang herannya, kenapa Pak Berahim nak marah sangat bila Datuk Seri Najib keluarkan kenyataan tersebut?
Bukan ke sebelum ni, Si Ketua Penipu tu jugak yang berulang - ulang mengatakan bahawa PRU sudah hampir? Kalau tak bulan Jun, bulan Julai kata dia.
Paling lewat pun bulan September, selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Itu yang dijelaskan oleh Si Ketua Penipu tu sendiri.
Bukan sekali dua dia cakap macam tu. Habis satu Malaysia ni dia dah kompang kata Pilihan Raya akan diadakan tahun ni. Takkan itu pun Pak Berahim tak tau?
Kot ye pun nak tunjuk yang dia tu boleh buat kerja, tapi jangan la sampai nak bagi penerangan pun main belasah ikut suka hati je Pak Berahim oi!!!
Salah bagi penerangan kang, yang malu diri sendiri. Nak perli Si Ketua Penipu tu pun, bagi la tepat ke muka dia. Tak payah la nak libatkan orang lain. Apa barang main perli - perli!!! Apa, takut ke??? Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.