Ya!!! Itulah istilah paling tepat untuk diberikan kepada Si Fuziah 'Reaktor' ni apabila pendedahan yang dibuat oleh Dr Che Rosli baru - baru ini.
Si Fuziah tu dah jadi macam cacing kepanasan berikutan kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen PAS Hulu Langat mengenai penyelewengan fakta dalam isu kilang Lynas.
Maka, disebabkan dia dah 'songeh' dan malu muka, dia cuba alihkan perhatian kepada pihak penyiaran TV3 atas dakwaan cuba memfitnah dirinya dengan isu tersebut.
Kata Fuziah, rancangan itu adalah 'plot' pentadbiran Barisan Nasional untuk meneruskan agenda mempertahankan Lynas demi kepentingan sendiri.
Dia juga nak pihak TV3 menarik balik pendedahan tersebut dan meminta maaf. Desakan tersebut turut ditujukan kepada Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker.
Alo, kak. Kalau rasa diri tu dah malu dengan pendedahan yang dibuat, mengaku je la. Tak payah la susah - susah nak suruh orang mintak maaf dan sebagainya.
Kalau Si Fuziah tu rasa apa yang dia buat tu betul dan pendedahan yang dibuat itu adalah satu fitnah, kenapa dia tak nak saman je pihak Tv3 tu?
Buat apa nak susah - susah suruh orang mintak maaf dan tarik balik pendedahan tersebut? Dah nampak sangat la yang dia sebenarnya dah terjerat dengan mainan dia sendiri.
Yang paling menyedihkan ialah apabila PAS nak ambik tindakan terhadap Dr. Che Rosli kerana Berani tampil dengan Kebenaran.
“Kami mahu PAS mengambil tindakan disiplin ke atas beliau sekiranya benar-benar menyokong penduduk Beserah,”
Dia berani keluar dari kotak pemikiran jumud PAS yang sentiasa jadi Pak Angguk Saja kepada parti lain dalam pakatan Pembangkang.
Adakah ini perjuangan PAS yang sebenar dengan menolak Kebenaran dan membiarkan pembohongan serta penyelewengan fakta dibiarkan berleluasa?
Adakah itu yang dituntut dalam Islam? Atau ianya dah memang jadi ibadah buat PAS untuk terus menipu? Kalau macam tu, bukan perjuang Islam namanya. Itu perjuangan Kepala Tengkorak Dia!!!
Ps: Nampak gayanya, nasib dr. Che Rosli ni akan jadi sama dengan nasib yang menimpa Datuk Dr. Hassan Ali yang Berani Kerana Benar.
Dah memang jelas bahawa PAS ni memang jenis Penakut dan lebih rela jadi keldai kepada puak - puak Pakatan Pembangkang.
Adakah parti seumpama itu yang nak kita sokong dan jadikan Kerajaan dimasa akan datang? Kalau tanya Semut, jawapannya BAIK TAK PAYAH!!! BUAT MENGABIHKAN MASA JE!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.