Jumaat, Ogos 05, 2011


Mungkin itulah ungkapan yang sewajarnya keluar dari mulut Si Nurul Izzah ni. Bukan sebab apa. Tapi memang itulah hakikat sebenarnya.

Kalau Semut nak letak semua sekali penjelasan mengenai isu ni, rasanya terlalu panjang. Jadi Semut bagi sedikit sinopsis mengenai isu ni. Kemudian baru korang baca laporan penuh.

Jika nak difikirkan, isu ni dah lama keluar. Dan ianya mula menimbulkan tanda tanya dikalangan rakyat secara keseluruhannya.

Apa sebab Si Ketua Penipu tu nak panggil 15 orang saksi untuk ditemubual sebelum kes liwat dia terhadap Pembantu Khas, Mohd Saiful Bukhari dapat diteruskan?

Tak pernah lagi dalam mana - mana kes yang serupa dengan kes dia, tindakan seumpama itu dibuat. Maknanya, dia la orang pertama dalam sejarah yang buat benda ni.

Tapi, apa tujuannya? Banyak sebabnya. Yang pertama, dia nak libatkan orang lain dalam kes dia supaya dia dapat merosakkan imej orang yang dia nak libatkan tu.

Dia sengaja nak cari alasan untuk memburuk - burukkan nama Perdana Menteri dan isteri dengan memanggil mereka untuk ditemu bual.

Sekiranya Perdana Menteri serta isterinya ingkar, maka ada la modal untuk dia memburuk - burukkan mereka nanti.

Senario kedua ialah sistem Kehakiman Negara. Sekiranya mahkamah menolak permohonan mereka untuk memanggil 15 orang tu, maka da jugak modal untuk dia nanti.

Dia boleh Poo...singh cerita dengan menyatakan sistem Kehakiman Negara dikawal oleh Kerajaan dan tidak menjadi badan yang bebas serta adil.

Senario yang ketiga pula ialah agar dia dapat membuat persediaan awal didalam mahkamah sekiranya ada kenyataan yang bercanggah dibuat oleh mana - mana saksi itu nanti.

Sama macam orang nak jawab soalan periksa la. Diorang dah dapat jawapan terlebih dahulu sebelum peperiksaan sebenar bermula. Jadi mudah la untuk dia menjawabnya nanti.

Senario keempat menimbulkan persoalan berikut. Sekiranya tuntutan dia diluluskan oleh pihak Mahkamah, bagaimana pula dengan orang lain yang turut dihadapkan dengan kes yang sama?

Kenapa mereka tidak diberi peluang sedemikian? Apa keistimewaan Si Ketua Penipu tu sehingga dia je yang boleh buat tuntutan tersebut?

Pada pandangan korang, adakah itu yang dinamakan Keadilan? Dah nampak sangat yang diorang ni hanya pandai memusing - musingkan fakta demi kepentingan Politik. Bukan nak cari jalan penyelesaian sangat pun!!!

Baca seterusnya, klik disini

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping