Ini satu kenyataan dan hakikat yang memang tak dapat disangkal oleh mana - mana ahli Parti Kencing Rakyat tu.
Bermula dari pemimpin mereka di peringkat Pusat sampai la ke pemimpin diperingkat bawahan. Semuanya sama je.
Tengok macam mana Si Ketua Penipu tu buat dikawasan dia sendiri. Sampai hari ni, rasanya tak de pun pembangunan yang dilakukan di tempat dia sendiri.
Apa yang disibukkan ialah mengenai Politik berkepentingan diri dia sendiri sahaja. Maka sebab itu dia biarkan sahaja orang - orang dikawasan dia terpinggir.
Demikian juga yang berlaku di Negeri Pahang ni. Ada pemimpin dikalangan Ahli Parlimen mereka sendiri lebih suka mementingkan orang luar dari orang dikawasan dia.
Contohnya Ahli Parlimen Indera Mahkota tu. Dia jadi wakil kepada rakyat dikawasan tersebut, tetapi dia jadi Pengerusi di Negeri lain.
Habis, siapa yang membela nasib rakyat di kawasan Indera Mahkota tu sampaikan mereka terpaksa mencari orang lain untuk membantu mereka?
Apa gunanya pengundi dikawasan tersebut mengabihkan masa memilih Si Azan Ismail tu dalam Pilihan Raya yang lalu?
Dan seorang lagi pemimpin PKR dalam Negeri Pahang ni juga bersifat sedemikian. Tak tau la apa nama jawatan dia di peringkat Pusat.
Tapi skop tugas dia ni katanya menjaga hal ehwal masyarakat Felda dan orang Asal di seluruh Malaysia.
Maka ke hulu ke hilir la dia pergi ke merata tempat. Kononnya nak membela nasib golongan - golongan dibawah jagaan dia ni la.
Yang herannya, bila kejadian tanah runtuh berlaku di Cemeron Highland baru - baru ni, tak de pulak nampak batang hidung dia.
Jadi tak salah kalau kita kata yang puak - puak PKR ni lebih suka memberi susu kepada monyet dihutan dan membiarkan anak dirumah mati kelaparan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.