Jumaat, Ogos 26, 2011

Dalam hal ni, tak tau la siapa yang betul dan siapa pulak yang salah. Sama ada Doktor tu yang bagi kenyataan yang tak masuk akal atau Malaysian Insider ni yang salah buat laporan.


Tapi kalau korang baca laporan diatas, nampak sangat menipunya. Mungkin sebab itu la Malaysian Insider ni kena saman sampai RM200juta kerana artikel yang tak masuk akal.

Macam mana pulak sperma Si Saiful ni boleh ada dalam dubur dia sendiri? Adakah Dr. Brain McDonald tu nak kata yang Si Saiful ni liwat diri dia sendiri?

Kalau tidak, macam mana pulak sperma dia boleh berada disitu? Memang tak masuk akal lansung kenyataan yang dibuat oleh Doktor yang diimport Si Ketua Penipu ni.

Dan kenyataan dia didalam mahkamah tadi jugak menyatakan bahawa apa yang ditemui oleh Dr. Seah bukan sperma tetapi air mani.

Apa pulak bezanya sperma dan air mani ni? Bukan ke dua - dua benda tu adalah perkara yang sama? Jadi, apa bezanya?

Tak kurang juga penerangan yang diberikan oleh blog MiM secara klinikal mengenai apa yang dijelaskan oleh Dr. Brain ni tadi. Antara lain, kata Dr. Novandri:
Jika merujuk kepada kenyataan Dr Brian di atas, beliau tidak diberitahu bahawa penganalisaan data bukan 'hanya tekaan' seperti yang beliau dakwa tetapi telah di 'cross-check' oleh Dr Nor Aidora, Ketua Unit Paterniti DNA, Divisyen Forensik, Jabatan Kimia Malaysia. 

Dan kita perlu tahu, proses 'cross-check' di antara pakar adalah mandatori sebelum memutuskan sebarang diagnosis atau keputusan makmal yang sangat penting dan rumit. Contohnya ialah keputusan data DNA.


Selain daripada itu, 'cross-check' di antara pakar-pakar perubatan juga digunapakai di dalam pengenalan jenis dan staging sesuatu jenis kanser.

Ianya sangat perlu diperiksa dan dipersetujui oleh lebih daripada 1 pakar kerana untuk memastikan diagnosis akhir tepat.
 - Blog MiM
Kesimpulannya, apa yang dijelaskan oleh Dr. Brain didalam mahkamah awal pagi tadi hanya lah salah satu taktik untuk memusing - musingkan fakta agar semua orang pening kepala.

Apa yang dia jelaskan mengenai butiran - butiran teknikal hanya dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat dan juga pihak mahkamah.

Macam la orang tak tau taktik yang digunakan dek 'Awang Import' Anugay ni kan? Dia ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat macam dia agaknya.

Walau apa pun yang cuba dilakukan oleh 'Awang Import' ni, dia telah berjaya mengukuhkan pendapat bahawa memang ada sperma atau air mani didalam dubur Saiful.

Cuma ianya tak masuk akal lansung. Kot ye pun nak menipu, jangan la sampai kantoi terang - terang macam ni, brader!!! Nak tipu budak sekolah boleh la!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping