Mahkamah telah pun ditangguhkan pada hari ini. Sebelum itu, Ketua Peguam Bela Si Ketua Penipu, Karpal Whilchar sempat menyatakan 7 nama saksi yang akan dipanggil nanti.
Dan nama - nama saksi tersebut termasuk lah nama PM, Datuk Seri Najib dan Isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya akan menyaksikan pihak pembelaan menyampaikan sepina kepada tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.
Agak heran jugak. Kenapa diorang beria - ia benar nak panggil Datuk Seri Najib dan Isteri bagi sesi Pembelaan ni? Apa relevannya mereka dalam kes ni?
Sudah tentu agendanya hanya lah untuk memburukkan reputasi serta mengaitkan Datuk Seri Najib dalam kes ini sahaja. Itu je tujuan mereka.
Bukan la nak buat pembelaan untuk Anwar pun. Bayangkan. Dalam keadaan sekarang pun, diorang nak berpolitik dimana sahaja.
Sampai dalam Mahkamah pun diorang nak berpolitik jugak. Tapi diorang nak tuduh orang lain mempolitikkan kes tersebut. Tak masuk akal lansung.
Sebelum mahkamah bersambung esok, Semut paparkan beberapa grafik yang menceritakan mengenai kronologi kes liwat yang dilakukan oleh Si Ketua Penipu ni terhadap Mohd Saiful.
Dakwaan Tuduhan Meliwat Anwar Ibrahim Terhadap Mohd Saiful |
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.